Pages

Wednesday, February 8, 2012

Bandar Homs terus dibedil


BEIRUT 7 Feb. - Sekurang-kurangnya 21 orang awam dan empat askar terbunuh dalam pertempuran yang berlaku di bandar Homs, tengah Syria, hari ini, ketika serangan meriam tentera kerajaan ke atas bandar itu berterusan untuk hari keempat.

Kematian terbaru itu berlaku sehari selepas hampir 100 orang awam terbunuh di beberapa bandar di negara ini, jumlah kematian paling banyak sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad bermula kira-kira 11 bulan yang lalu.

Bunyi letupan roket dan tembakan mesingan turut kedengaran sekali-sekala di kawasan kediaman, Baba Amro.

Seorang aktivis, Abu Rami yang dihubungi melalui telefon berkata, bunyi letupan masih kedengaran pada waktu malam.

"Kedengaran empat letupan setiap lima minit dan sejak pagi tadi, serangan meriam ditumpukan di kawasan Baba Amro, Inshaat dan Jubar.

"Situasi krisis kemanusiaan di sini semakin teruk. Setiap orang tidak boleh bergerak sesuka hati kerana terdapat penembak curi di merata-rata tempat," katanya.

Seorang lagi aktivis berkata, bekalan makanan dan perubatan semakin berkurangan.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, sekurang- kurangnya 69 orang awam terbunuh di Homs, semalam dan kawasan sekitarnya selepas tentera kerajaan melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas bandar itu.

Katanya, 13 orang lagi terbunuh dalam pertempuran di wilayah barat laut Idlib, seorang di Aleppo, dan 15 lagi di Damsyik.

Menurut laporan kumpulan hak asasi manusia, lebih 6,000 orang maut sejak revolusi di Syria meletus pada pertengahan Mac tahun lalu. - AFUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: