Pages

Wednesday, February 8, 2012

Isteri Presiden Syria sokong suami



Asma muncul dikhalayak ramai bersama dua anaknya, Karim (kanan) tujuh tahun dan Zein (kiri) sembilan tahun pada satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada suaminya Presiden Bashar al-Assad di Damsyik pada 11 Januari lalu. - REUTERS


LONDON 7 Feb. - Isteri Presiden Syria, Asma al-Assad buat pertama kalinya menyatakan sokongan dan mempertahankan tindakan suaminya sejak kebangkitan rakyat bermula di negara ini 11 bulan lalu, lapor akhbar Britain, hari ini.
Akhbar The Times melaporkan Asma yang merupakan wanita kelahiran Britain berkata, suaminya, Bashar al-Assad merupakan Presiden negara Syria dan bukan satu puak di negara itu.
Akhbar itu melaporkan, emel berkenaan merupakan komunikasi pertama Wanita Pertama Syria dengan media antarabangsa sejak kebangkitan rakyat bermula di negara itu.
Asma menghilangkan diri daripada khalayak ramai sejak kebangkitan rakyat tercetus menyebabkan beliau dikritik kerana hanya mendiamkan diri ketika lebih 5,000 orang maut dalam kebangkitan rakyat di Syria. - AFP

No comments: