Pages

Wednesday, February 8, 2012

Warga China lahir anak di Hong Kong akan didenda


HONG KONG 7 Feb. - Warga China yang berasal dari tanah besar yang melahirkan anak kedua di Hong Kong akan didenda kerana melanggar dasar China memiliki satu anak, kata Pengarah Jabatan Perancang Keluarga Shenzen, wilayah Guangdong, Zheng Feng.

Kenyataan itu dibuat berikutan peningkatan warga China dari tanah besar yang berhijrah ke pulau ini bagi mengelak polisi memiliki satu anak dan sekali gus mendapat hak kerakyatan di sini, menyebabkan wad bersalin di Hong Kong penuh ditempah sehingga September ini.

Bagaimanapun kenyataan yang dipetik oleh sebuah akhbar itu tidak menyatakan berapa banyak denda yang dikenakan, namun notis dalam laman web kerajaan wilayah tersebut menyatakan mana-mana wanita yang melanggar undang-undang itu akan didenda sehingga enam kali ganda pendapatan boleh guna isi rumah per kapita mereka.

China memperkenalkan polisi satu anak pada 1979 bagi mengehadkan kadar kelahiran di negara yang memiliki jumlah penduduk paling ramai di dunia, walaupun peraturan tersebut kelihatan dilonggar sedikit beberapa tahun kebelakangan ini.

Wilayah Guangdong yang bersempadan dengan Hong Kong mencatat wanita dari tanah besar melahirkan anak di pulau ini kira-kira 34,000 pada tahun lalu.

Pada 2010, wanita yang berhijrah dari tanah besar mewakili satu pertiga daripada kelahiran di pulau ini yang berjumlah 88,584, berbanding hanya 620 bayi pada 2001.

Isu ini menyebabkan banyak pihak mula menggesa undang-undang asas Hong Kong dipinda, agar bayi yang dilahirkan oleh wanita dari tanah besar tidak lagi diberi hak menetap di sini. - REUTERSUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: