Pages

Friday, January 20, 2012

Washington sudah sedia hadapi sengketa dengan Iran: Panetta

WASHINGTON: Amerika Syarikat sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi sebarang konfrontasi dengan Iran berhubung isu Selat Hormuz.
Setiausaha Pertahanan, Peon Panetta berkata, negaranya bagaimanapun berharap pertelingkahan itu akan dapat diselesaikan secara aman.

“Kami sentiasa membuat persiapan untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang konfrontasi tetapi kami tidak mengambil sebarang langkah khusus kerana kami sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi keadaan itu ketika ini,” kata Panetta kepada wartawan.

Washington meningkatkan kehadiran tentera lautnya di kawasan perairan berhampiran Teluk sebagai tindak balas terhadap ancaman Iran untuk menutup Selat Hormuz jika sekatan terhadap eksport minyak mentahnya melumpukan sektor tenaga negara itu.

“Kami sentiasa mengekalkan kehadiran besar-besaran kami di rantau itu. Kami mempunyai armada tentera laut di kawasan berkenaan.

“Tentera kami berada di rantau itu. Kami akan melakukan apa saja untuk membantu mewujudkan keamanan di rantau itu,” katanya. - AFP

No comments: