IPOH: Seorang wanita warga emas mendakwa pergelangan tangan kirinya ‘lumpuh’ selepas menjalani proses mengambil darah di sebuah hospital di sini, pada pertengahan Oktober tahun lalu.
Akibat kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Rafeaah Yunus, 54, berasal dari Taman Desa Pelancongan, Pinji, di sini, pasrah apabila tangan kirinya tidak lagi berfungsi dengan baik, sekali gus menyukarkannya untuk membuat kerja rumah seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Pada 14 Oktober tahun lalu, Rafeaah terpaksa dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas mengadu sakit dada sebelum ditahan di wad bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun, pada malamnya, seorang doktor pelatih melakukan tiga kali suntikan di bahagian lengan tangan kirinya itu bagi mengambil darah.
Selepas suntikan itu, Rafeaah mendakwa tangannya kebas dan sakit sebelum bahagian bahu sehingga jarinya mengalami bengkak luar biasa pada keesokan harinya.
Insiden itu menyebabkan Rafeaah terpaksa ditahan di wad selama dua bulan selain turut berdepan trauma teruk sehingga berat badannya susut hampir 20 kilogram berbanding 80 kilogram sebelum ini.
Lebih mengecewakan, pihak hospital seolah-olah bersikap lepas tangan mengenai masalah dihadapinya itu dan menyifatkan ia berlaku disebabkan komplikasi urat.
“Saya sedih kerana tidak lagi mampu menguruskan kerja rumah dengan sempurna sebaliknya kena banyak berehat selepas insiden itu.
“Saya juga kecewa dengan pihak pengurusan hospital kerana tidak memanggil saya semula untuk mendapatkan rawatan fisioterapi bagi memulihkan kembali keupayaan tangan saya ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, dia keluar dari wad HRPB pada 20 Disember tahun lalu, namun sehingga kini tangannya masih sakit terutama ketika bergerak.
Sehubungan itu, Rafeaah sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh di sini, bagi mendapat pembelaan sewajarnya berhubung kejadian itu.
Akibat kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Rafeaah Yunus, 54, berasal dari Taman Desa Pelancongan, Pinji, di sini, pasrah apabila tangan kirinya tidak lagi berfungsi dengan baik, sekali gus menyukarkannya untuk membuat kerja rumah seperti yang dilakukannya sebelum ini.
Pada 14 Oktober tahun lalu, Rafeaah terpaksa dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas mengadu sakit dada sebelum ditahan di wad bagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun, pada malamnya, seorang doktor pelatih melakukan tiga kali suntikan di bahagian lengan tangan kirinya itu bagi mengambil darah.
Selepas suntikan itu, Rafeaah mendakwa tangannya kebas dan sakit sebelum bahagian bahu sehingga jarinya mengalami bengkak luar biasa pada keesokan harinya.
Insiden itu menyebabkan Rafeaah terpaksa ditahan di wad selama dua bulan selain turut berdepan trauma teruk sehingga berat badannya susut hampir 20 kilogram berbanding 80 kilogram sebelum ini.
Lebih mengecewakan, pihak hospital seolah-olah bersikap lepas tangan mengenai masalah dihadapinya itu dan menyifatkan ia berlaku disebabkan komplikasi urat.
“Saya sedih kerana tidak lagi mampu menguruskan kerja rumah dengan sempurna sebaliknya kena banyak berehat selepas insiden itu.
Katanya, dia keluar dari wad HRPB pada 20 Disember tahun lalu, namun sehingga kini tangannya masih sakit terutama ketika bergerak.
Sehubungan itu, Rafeaah sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh di sini, bagi mendapat pembelaan sewajarnya berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment