Hakim tambah hukuman kepada pesalah rogol
KOTA KINABALU: Padah menimpa seorang pesalah kes rogol apabila rayuannya untuk mengurangkan hukuman penjara 14 tahun bukan saja ditolak Mahkamah Tinggi di sini, semalam, sebaliknya ditambah menjadi 42 tahun.
Lelaki berusia 24 tahun itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Sesyen, masing-masing bagi tiga kesalahan merogol anak tirinya atau 42 tahun secara keseluruhan, tetapi diperintah menjalani hukuman itu serentak selain dikenakan 36 sebatan.
Tertuduh yang bekerja sendiri kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi yang mendengar permohonannya, semalam, dan hasilnya hukuman rotan dikurangkan kepada 24 sebatan dan dia diarah menjalani hukuman penjara secara berasingan atau keseluruhan 42 tahun.
Alasan yang diberikan dalam rayuannya adalah kerana dia sudah menyesal atas jenayah dilakukan ke atas anak tirinya berusia tiga tahun itu serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata hukuman penjara perlu dijalani berasingan kerana tertuduh mengaku salah dan ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan pada tarikh dan masa berlainan.
“Kamu melakukan tiga kesalahan tahun lalu iaitu pertama pada 13 Mei, diikuti 2 Ogos dan terakhir 26 Oktober. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dilaku kan berasingan bagi tiga kesalahan itu, manakala hukuman 36 sebatan dibenar kepada 24 sebatan," katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala tertuduh yang ditangkap pada 29 Oktober lalu tidak diwakili peguam.
Pada 10 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Caroline Bee Majanil menjatuhkan hukuman 36 sebatan dan penjara 42 tahun ke atas tertuduh bagi tiga kesalahan itu tetapi memerintahkan hukuman penjara dijalani serentak.
Mengikut fakta kes, tertuduh merogol anak tirinya di kampung di Kudat, kira-kira jam 3 petang 13 Mei lalu, kali kedua jam 6 pagi pada 2 Ogos di lokasi sama dan terakhir kira-kira jam 8 pagi pada 26 Oktober, juga di tempat sama.
KOTA KINABALU: Padah menimpa seorang pesalah kes rogol apabila rayuannya untuk mengurangkan hukuman penjara 14 tahun bukan saja ditolak Mahkamah Tinggi di sini, semalam, sebaliknya ditambah menjadi 42 tahun.
Alasan yang diberikan dalam rayuannya adalah kerana dia sudah menyesal atas jenayah dilakukan ke atas anak tirinya berusia tiga tahun itu serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan berkenaan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata hukuman penjara perlu dijalani berasingan kerana tertuduh mengaku salah dan ketiga-tiga kesalahan itu dilakukan pada tarikh dan masa berlainan.
“Kamu melakukan tiga kesalahan tahun lalu iaitu pertama pada 13 Mei, diikuti 2 Ogos dan terakhir 26 Oktober. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dilaku kan berasingan bagi tiga kesalahan itu, manakala hukuman 36 sebatan dibenar kepada 24 sebatan," katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, manakala tertuduh yang ditangkap pada 29 Oktober lalu tidak diwakili peguam.
Pada 10 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Caroline Bee Majanil menjatuhkan hukuman 36 sebatan dan penjara 42 tahun ke atas tertuduh bagi tiga kesalahan itu tetapi memerintahkan hukuman penjara dijalani serentak.
Mengikut fakta kes, tertuduh merogol anak tirinya di kampung di Kudat, kira-kira jam 3 petang 13 Mei lalu, kali kedua jam 6 pagi pada 2 Ogos di lokasi sama dan terakhir kira-kira jam 8 pagi pada 26 Oktober, juga di tempat sama.
No comments:
Post a Comment