Pages

Tuesday, January 31, 2012

TPM Thai: 4 maut di Pattani semalam bukan militan

pattaniBANGKOK - Siasatan awal menunjukkan empat orang yang ditembak mati oleh pasukan renjer di Pattani semalam bukan merupakan anggota militan seperti yang didakwa pihak berkuasa sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Yuthasak Sasiprapha yang menegaskan semalam bahawa mereka yang terbunuh merupakan anggota militan dan bukan orang awam, hari ini berkata siasatan awal menunjukkan perkara sebaliknya.

Beliau yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan bagaimanapun berkata siasatan terperinci masih dijalankan bagi memastikan keadilan kepada pihak berkuasa dan orang kampung.

"Semua pihak termasuk tentera dan pihak berkuasa wilayah menyertai bersama siasatan termasuk dalam menentukan sekiranya operasi tentera mengikut prosedur yang betul.

"Sekiranya pihak berkuasa bersalah, ia bermakna pihak berkuasa tetap bersalah, tetapi sekiranya pihak berkuasa benar, mereka perlu menjelaskan kepada orang awam," katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian itu empat orang penduduk Kampung Tanjung Buluh, di daerah Nong Chik, Pattani yang sedang menaiki sebuah kenderaan pikap bagi menghadiri majlis pengkebumian di kampung berhampiran, terbunuh dalam serangan kira-kira 8.30 malam.

Empat penumpang lain cedera parah sementara seorang lagi selamat.

Yuthasak semalam mendakwa mereka yang terbunuh bukan merupakan orang awam dan berkata pasukan renjer yang diserang terlebih dahulu dengan pelancar bom M79.

Pihak berkuasa turut mendakwa menemui selaras senapang AK-47 di dalam pikap tersebut.

Namun penumpang yang selamat memberitahu pemberita bahawa sekumpulan orang bersenjata yang memakai uniform renjer telah melepaskan tembakan kepada kenderaan mereka, serta menafikan mereka membawa sebarang senjata.

Insiden tersebut mencetuskan kemarahan di wilayah selatan dan Yuthasak hari ini berjanji akan menghalang keadaan daripada meruncing. Katanya siasatan tidak akan mengambil masa lama untuk siap bagi orang ramai mengetahui punca sebenar kejadian.- BernamaTPM Thai: 4 maut di Pattani semalam bukan militan - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Teh mampu kurang tekanan darah tinggi - Global - Sinar Harian

TehTeh mampu kurang tekanan darah tinggi - Global - Sinar Harian: "Teh mampu kurang tekanan darah tinggi SYDNEY - Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut.

Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser.

Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .

“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,” jelas Hodgson."

'via Blog this'

60 planet, 11 sistem solar ditemui

WASHINGTON - Pen­tadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) mengesahkan penemuan baru 60 planet dan 11 lagi sistem solar melalui pemantauan teleskop Kepler selama dua tahun.
“Kepler telah menemui lebih dari 60 planet baru, sekali gus, menunjukkan galaksi yang kita diami ini sebenarnya dipenuhi dengan planet dan orbit dalam pelbagai saiz,” menurut saintis Nasa, Doug Hudgins.
Hudgins turut mendedahkan teleskop Kepler itu turut mengesan sebuah sistem solar paling tua dan mempunyai lima planet.
Penemuan tersebut telah diterbitkan dalam empat laporan berbeza menerusi Astro­physical Journal dan The Monthly Notices of the Royal Astronomical Society.60 planet, 11 sistem solar ditemui - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lagi asteroid hampiri bumi dikenal pasti

AstroidWASHINGTON - Sebuah lagi asteroid sebesar bas bandar dikenal pasti berada antara orbit Bumi dan bulan, kelmarin beberapa hari selepas ia dikesan, namun didakwa tidak mendatangkan ancaman kepada planet kita, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), semalam.
Saintis Nasa menyatakan asteroid 2012 BX34 bersaiz 11 meter itu melepasi orbit Bumi pada jarak 59,044 kilometer (km).
“Walaupun saiznya kecil, ia tidak dapat menembusi atmosfera Bumi. Ruang untuk asteroid tersebut melepasi planet kita hanya kira-kira 0.17 kali jarak antara bulan dan Bumi,” menurut kenyataan ahli astronomi di Jet Propulsion Laboratory di Pasedena, California.
Sejak awal minggu lalu, para saintis di seluruh dunia turut mengadakan pertemuan membincangkan bagaimana untuk bertindak-balas dengan ancaman dari asteroid.
Mereka sepakat untuk menubuhkan projek NEOShield (perisai ancaman asteroid) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan diketuai oleh Pusat Aeroangkasa Jerman bersama saintis dari Eropah dan Amerika Syarikat.
September lalu, Nasa turut mengesan sebuah asteroid terbesar sejauh 195 juta km dari matahari melalui sekitar orbit Bumi.Lagi asteroid hampiri bumi dikenal pasti - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Lima ditahan berkait skandal tabloid Britain

LONDON - Polis Britain menahan empat bekas dan kakitangan syarikat tabloid Sun serta seorang anggota polis kelmarin, atas tuduhan memberi dan menerima rasuah untuk mendapatkan maklumat.

Pejabat syarikat itu digeledah dalam siasatan berhubung kes penggodaman telefon yang menyebabkan sya­rikat tabloid News of the World milik jutawan media, Rupert Murdoch ditamatkan operasinya Ogos tahun lalu.

Penangkapan itu melibatkan pengarang jenayah The Sun, Mike Sulli­van, ketua berita, Chris Pharo ,bekas timbalan pengarang, Fergus Shanahan, dan bekas pengurus pengarang tab­loid, Graham Dudman. Skandal penggodaman telefon menarik perhatian ke tahap politik yang turut menjejaskan hubungan pengarang-pengarang dan eksekutif di News International dan akhbar-akhbar lain di Britain.Lima ditahan berkait skandal tabloid Britain - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pasukan nuklear PBB tiba di Iran

Pasukan nuklear PBB tiba di IranTEHRAN - Pasukan nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tiba di Tehran, semalam, bagi satu misi dakwaan Iran sedang membangunkan senjata nuklear.

Delegasi agensi nuklear PBB itu disertai dua pakar senjata kanan, Jacques Baute dari Perancis dan Neville Whiting dari Afrika Selatan, mengeluarkan cada-ngan Iran mungkin bersedia menangani beberapa isu berkaitan tuduhan berkenaan.

Pasukan itu turut disertai Agensi Kuasa Atom Antarabangsa (IAEA) yang diketuai Timbalan Pengarah, Jeneral Herman Nackaerts, yang bertanggungjawab ke atas fail nuklear Iran, serta Ketua IAEA, Yukiya Amano dan Rafael Grossi.

Jelas Nackaerts, pihaknya mengharapkan Iran dapat memberi kerjasama terhadap misi menyiasat tuduhan Iran membangunkan senjata nuklear.

Dilaporkan, kemungkinan mereka akan mengadakan lawatan di bawah tanah pengayaan urainuim Frodo berhampiran kota suci Qom, Tehran.

Lawatan tiga hari itu me­nyaksikan pasukan nuklear PBB bakal memohon kebenaran bercakap dengan saintis utama Iran yang dipercayai bekerja untuk pembinaan program senjata itu, selain memeriksa dokumen-dokumen berkaitan dengan kerja sedemikian dan perjanjian keselamatan dari pihak berkuasa Iran yang membenarkan lawatan di tempat-tempat berkait dengan tuduhan tersebut. Dalam pada itu, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya panas dan bimbang program pengayaan urainium Iran mungkin menghasilkan bahan senjata nuklear dan mahukan ianya dihentikan, namun dibantah Iran yang berpendapat sebaliknya.Pasukan nuklear PBB tiba di Iran - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tahanan pemberontak Sudan dibebaskan

TahananKHARTOUM - Seramai 14 pekerja China yang diculik pemberontak Sudan di Kordofan Selatan, berjaya dibebaskan tentera Sudan, semalam.
Gabenor negeri, Ahmad Harun memberitahu, kesemua mangsa berjaya dibebaskan dan berada dalam keadaan baik.
14 mangsa itu kini dibawa ke kawasan berhampiran el Obeid di kejiranan Kordofan Utara.
Dalam pada itu, Harun menjelaskan, masih ada lagi mangsa culik yang belum dibebaskan dan nasib mereka agak kabur.
China mengesahkan sebilangan warganegaranya telah hilang selepas pemberontak menyerang kem sebuah syarikat China, Sabtu lalu, dan senarai nama yang dikeluarkan majikan Sya­rikat Power China Construction Corp, menyatakan lebih 20 pekerjanya telah hilang.
Dalam pada itu, kumpulan pemberontak Gera­kan Pembebasan Rakyat Sudan Utara (SPLM-N) sendiri mengesahkan seramai 29 warga China telah diculik.Tahanan pemberontak Sudan dibebaskan - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Liga Arab gantung pemantauan di Syria

Liga Arab gantung pemantauan di SyriaKAHERAH - Liga Arab menggantung misi pemantauannya di Syria berikutan tahap keganasan yang semakin teruk di negara itu di samping 10 bulan penenta-ngan Presiden Bashar al-Assad.

Liga Arab membuat keputusan itu kelmarin, beberapa hari selepas Bashar dipanggil meletakkan jawatan dan memberi jalan kepada sebuah kerajaan perpaduan.

Ketidakstabilan di Syria semakin menjadi-jadi ditambah tindakan kasar tentera menentang pemberontak minggu lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orangterbunuh dan 30 cedera akibat terkena tembakan anti-pesawat dan mortar.

Menteri-menteri Luar Liga Arab dijangka mengadakan perbincangan awal bulan depan dengan mengeluarkan arahan pemantauan sepenuhnya, menurut jurucakap liga itu.

Dalam pada itu, Perancis yang meminta tindakan keras ke atas Syria berkata, keputusan Liga Arab perlu tertumpu kepada kehendak akta. Misi Liga Arab dihantar ke Syria bagi memerhati pelaksanaan pelan damai yang telah gagal menamatkan pergaduhan di negara itu.Liga Arab gantung pemantauan di Syria - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gempa sederhana landa Pulau Seram di Maluku

KUALA LUMPUR - Gempa bumi dengan kekuatan 5.1 pada skala Richter melanda Seram, sebuah pulau di wilayah Maluku, Indonesia awal pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, berkata gempa yang berlaku 2.25 pagi itu berpusat 154 km dari tenggara Ambon, Indonesia dan 1,387 km dari tenggara Semporna, Sabah.
Gegaran itu tidak membawa ancaman tsunami, kata jabatan tersebut. - BERNAMA Gempa sederhana landa Pulau Seram di Maluku - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

CEO Royal Bank of Scotland tolak bonus RM4.8 juta

CEO Royal Bank of Scotland tolak bonus RM4.8 jutaLONDON - Ketua Eksekutif Royal Bank of Scotland, Stephen Hester menolak bayaran bonus hampir £1 juta (RM4.8 juta), lapor BBC.

Editor Bisnes, Robert Peston berkata, Hester tidak akan menerima £963,000 yang hanya ditawarkan kepada beliau.

Menurut Peston, beliau tunduk kepada "tekanan besar politik dan media" meskipun lembaga bank menggesanya agar melawan.

Menteri Kewangan George Osborne berkata, keputusan Hester mahu memfokus usaha mendapatkan balik berbilion pound demi kepentingan pembayar cukai adalah sesuatu yang "dialu-alukan."

Terdahulu, parti Buruh berkata, ia akan memaksa satu pengundian berkenaan isu tersebut selepas Perdana Menteri David Cameron enggan menghalang bonus daripada bank yang sebahagian besarnya adalah milik awam.

Menurut Peston, lembaga menggesa Hester agar melawan sebab ia meraskaan beliau layak menerima bonus kerana telah membantu bank berkenaan berubah menjadi sebuah badan yang kurang berisiko.

Mengulas keputusan Hester, Ahli Parlimen Buruh, Chris Bryant berkata, ia hanya satu contoh kewujudan masalah yang lebih besar.

"Jika ia dibahaskan di Parlimen, sudah pasti sukar baginya menerima wang itu," kata beliau.

"Dan, kini ada keperluan untuk berdebat di Parlimen, bukan mengenai bonusnya, tetapi mengenai keseluruhan budaya bayaran bonus dan saraan dalam perkhidmatan kewangan," kata beliau lagi. Hester dilantik sebagai ketua eksekutif akhir 2008 untuk menggantikan Sir Fred Goodwin, selepas bank itu terpaksa diselamatkan oleh kerajaan, yang kini memiliki 82 peratus pegangan.CEO Royal Bank of Scotland tolak bonus RM4.8 juta - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

‘Abangku wira’

PADAM...bomba memadam api dalam kebakaran di Kampung Nagasiba Kobusak, semalam. Gambar kecil, Justin.PENAMPANG: Seorang budak berusia 10 tahun sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan meredah api yang marak semata-mata mahu menyelamatkan dua adiknya daripada rentung dalam kebakaran di Kampung Nagasiba Kobusak, di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, kanak-kanak berkenaan, Nigel Justin, melecur di tangan selepas meredah masuk menyelamatkan dua adiknya, Agustin, 6, dan Victor, 2, yang ketika itu berada dalam rumah yang terbakar.

Difahamkan, ketika kejadian, bapa kanak-kanak itu, Justin Banot, 48, tiada di rumah kerana menemani seorang lagi anaknya, Jun Jenifer, 9, yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII), di sini, manakala anak sulungnya, Ricky, 19, bekerja di pekan Inanam.
Difahamkan, ibu kanak-kanak itu yang tidak dikenali dikatakan sudah tidak lagi tinggal di rumah berkenaan sejak beberapa tahun lalu walaupun dia belum bercerai dengan suaminya.

Akibat kejadian itu, rumah dua tingkat milik Justin musnah dan menyebabkan kerugian lebih RM60,000 termasuk kedai runcit disewa di tingkat bawah rumah turut rentung.

Menurut Nigel, ketika kejadian, dia di rumah menjaga dua adik selepas bapa pergi menziarah seorang lagi anaknya di hospital.
“Saya terhidu bau asap yang kuat dan terkejut apabila mendapati dapur rumah terbakar.

“Ketika itu, saya hanya berfikir menyelamatkan adik lalu berlari ke ruang tamu dan menarik tangan Agustin keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.
Namun, selepas itu, Nigel menyedari seorang lagi adiknya, Victor tiada bersama lalu nekad masuk semula ke dalam rumah walaupun ketika itu api mula merebak.

“Saya terus ke bilik tidur dan terus mengangkat Victor yang ketika itu nyenyak tidur lalu berlari keluar menyelamatkan diri,” katanya.

“Saya tidak sempat menyelamatkan harta benda lain termasuk kelengkapan sekolah kerana hanya terfikir untuk menyelamatkan kedua-dua adik saya,” katanya.

Sementara itu, Justin ketika ditemui di tempat kejadian berkata, dia ke hospital untuk menemani seorang lagi anaknya yang dirawat kerana menghidap penyakit sawan.

“Saya terkejut dan hampir pitam apabila memikirkan keselamatan anak sebaik menerima panggilan memberitahu rumah saya terbakar.

“Walaupun tidak sempat menyelamatkan sebarang harta, saya bersyukur semua anak selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penampang, Johnny John Jinuli berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.18 tengah hari dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

“Seramai 11 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal satu jam kemudian.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya

Gaji jurujual lebih tinggi daripada guru

JEDDAH: Pengumuman Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), baru-baru ini untuk memberi subsidi 50 peratus gaji kepada jurujual wanita yang menjual pakaian dalam untuk tiga tahun akan datang menimbulkan kemarahan guru sekolah swasta yang memperoleh pendapatan 2,000 riyal (RM1,629).

Pengarah HRDF, Ibrahim al-Me’aiqil, baru-baru ini berjanji bahawa jurujual wanita akan mendapat gaji antara 3,500 (RM2,851) dan 4,000 riyal (RM3,258) sebulan.


Kementerian Pendidikan diarahkan pemerintah pada Jun tahun lalu supaya sekolah swasta membayar gaji guru dengan jumlah minimum 5,600 riyal (RM4,561) sebulan dengan kerjasama HRDF.

Bagaimanapun, arahan itu belum dikuat kuasakan. - AN

India tetap import minyak dari Teheran

MUMBAI: India semalam berkata, ia tidak akan mengurangkan import minyak dari Iran meskipun Amerika Syarikat dan Eropah menguatkuasakan sekatan baru terhadap negara itu.

Menteri Kewangan India, Pranab Mukherjee berkata di Chicago, adalah mustahil bagi India mengurangkan pengimportan minyak dari Iran secara drastik kerana Republik Islam itu adalah sumber penting minyak bagi negara sedang membangun.


India menyertai China, satu lagi negara pengimport utama minyak mentah Iran yang tidak akan melaksanakan sekatan berkenaan.

Iran mengeksport kira-kira 2.5 juta tong minyak sehari, setengah juta tong ke Eropah dan hampir keseluruhan bakinya ke China, India, Jepun dan Korea Selatan. - AP

AS tak berani serang Iran

TEHERAN: Panglima Tentera Darat Iran semalam berkata, Amerika Syarikat tidak berani untuk melancarkan serangan ketenteraan terhadap Republik Islam itu.

“Meskipun Washington mengerahkan kapal pengangkut pesawat, USS Carl Vinson ke Teluk Parsi dan Amerika Syarikat memiliki senjata canggih, negara itu dan sekutunya tidak akan berani untuk melancarkan serangan terhadap Iran,” kata Brigadier Jeneral Ahmad Reza Pourdastan.


Menurutnya, mereka gentar terhadap tentera dan negara Iran.

Awal Januari lalu, Pentagon mendakwa USS Carl Vinson yang membawa bersama-samanya 80 kapal terbang dan helikopter tiba di ‘kawasan tanggungawab’ (AOR). Menurut tanggapan Amerika Syarikat, kawasan itu membabitkan Teluk Parsi, Laut Merah, Teluk Oman dan sebahagian Lautan Hindi.


Pemerintah kanan tentera Iran itu berkata, Amerika Syarikat dan Barat meningkatkan ancaman dan mengenakan sekatan demi sekatan terhadap Iran yang semuanya terbukti tidak berkesan.


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pada 5 Januari lalu mengumumkan perubahan strategi pertahanan negara itu bagi mengurangkan perbelanjaan ketenteraan.


Dokumen lapan muka surat itu bagaimanapun tidak mengandungi butir mengenai bagaimana perubahan itu akan memberi kesan kepada pengurangan tentera atau senjata, termasuk sama ada ia akan memberi lebih banyak tumpuan terhadap Asia dan mengurangkan tumpuannya di Eropah.


Pegawai Iran sudah memberi amaran, sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran akan menerima tindak balas serta-merta dan ia tidak akan terhad di rantau Asia Barat saja. - Agensi

4 pejuang pemisah Islam mati ditembak tentera

YALA: Anggota tentera menembak mati empat orang disyaki anggota pemisah Islam dalam satu kejadian terbaru di wilayah selatan Thailand yang bergolak, kata tentera, semalam.

Empat lelaki itu ditembak mati semalam dan tiga lagi cedera dalam satu kejadian tembak menembak ketika pemeriksaan ke atas sebuah trak pikap oleh tentera yang menjaga tempat pemeriksaan di wilayah Pattani.
Jurucakap Tentera Wilayah, Akara Thiproj berkata, ketika sekumpulan tentera mendekati trak itu, dua lelaki tiba-tiba datang dari arah belakang kenderaan, melepaskan tembakan kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal. - Bangkok Post

Dilanggar kereta api ketika asyik dengar iPod

LONDON: Polis percaya seorang gadis berusia 15 tahun mati sdilanggar oleh kereta api ketika dia asyik mendengar iPodnya.

Katie Littlewood dipercayai tidak mendengar kereta api itu atau menyedari lampu isyarat dan bunyi kecemasan di tempat lintasan pejalan kaki Johnson di Bishop's Stortford, Hertfordshire.


Penyiasat berusaha memastikan kemungkinan remaja itu mendengar muzik ketika melintas di landasan kereta api pagi Sabtu lalu selepas mereka menemui iPod berkenaan dan fon kepala di tempat kejadian.

Syarikat kereta api, Network Rail berkata, sistem amaran beroperasi baik di kawasan itu yang terkenal kerana pernah meragut nyawa beberapa pejalan kaki, termasuk Andrea Evans, 24, pada 2006 dan seorang wanita berusia 81 tahun pada 2002.


Kejadian itu berlaku ketika syarikat berkenaan bersedia untuk mengaku bersalah hari ini berhubung kematian Olivia Bazlinton, 14, dan Charlotte Thompson, 13, yang dilanggar oleh kereta api berhampiran Stesen Elsenham pada 2005.


Kedua-dua remaja itu keluar untuk membel-belah bagi meraikan Krismas apabila mereta terbunuh di tempat melintas yang tidak dikawal. - DM

Kanak-kanak guna telefon bimbit tonton bahan lucah meningkat

LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.


Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.


Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.


Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa.


Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM

Cekik kakak hingga mati

AMMAN: Seorang lelaki Jordan semalam didakwa kerana melakukan pembunuhan terancang selepas mencekik kakaknya berusia 35 tahun yang sudah bercerai hingga mati atas alasan tingkah laku wanita itu mencurigakan, kata polis.

“Suspek yang berusia akhir 20-an mencekik ibu kepada empat anak itu hingga mati di Ain al-Pasha di utara bandar raya ini, Rabu lalu selepas wanita itu pulang dari Lubnan,” kata jurucakap polis.


“Dia menyembunyikan mayat kakaknya dalam beg pakaian sebelum mencampakkannya di kawasan ladang terbiar. Dia mendakwa wanita itu berkelakuan mencurigakan,” katanya.

Menurutnya, mayat wanita malang itu ditemui Jumaat lalu di Safawi di timur Jordan.


“Suspek mengakui melakukan jenayah itu selepas berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa,” katanya. Perbuatan membunuh dihukum dengan kematian di Jordan, tetapi dalam kes pembunuhan demi maruah, mahkamah boleh mengurangkan hukuman terutama jika keluarga mangsa meminta supaya hukuman lebih ringan dijalankan. Antara 15 dan 20 wanita mati akibat pembunuhan demi maruah setiap tahun di negara Arab itu walaupun kerajaan berusaha untuk mengurangkan kes pembunuhan sedemikian. - AFP>myMetro | Cekik kakak hingga mati:

'via Blog this'

3 beranak pembunuh


MOHAMMAD bersama isteri (kiri) sementara gambar kecil ialah tiga anak mereka yang didakwa dibunuh pasangan itu.
MOHAMMAD bersama isteri (kiri) sementara gambar kecil ialah tiga anak mereka yang didakwa dibunuh pasangan itu.


ONTARIO: Seorang lelaki Afghanistan, isteri dan anak mereka, dipenjara seumur hidup selepas juri mendapati mereka bersalah membunuh tiga adik beradik perempuan dan isteri pertama lelaki itu.
Juri mengambil masa 15 jam sebelum mendapati Mohammad Shafia, 58, isteri, Tooba, 42 dan anak mereka, Hamed, 21, bersalah atas tuduhan membunuh.
Keempat-empat mayat itu ditemui pada Jun 2009 dalam kereta yang tenggelam dalam satu terusan di Kingston, Ontario, tempat keluarga itu berhenti dalam perjalanan pulang dari Air Terjun Niagara.

Pendakwa raya berkata, ketiga-tiga adik beradik perempuan itu dibunuh kerana memalukan keluarga dengan berpakaian tidak senonoh, keluar dengan teman lelaki, bersosial dan bersembang menerusi Internet.

Selepas keputusan dibacakan, ketiga-tiga defendan sekali lagi berkata mereka tidak bersalah terhadap tuduhan membunuh Zainab, 19, Sahar 17, dan Geeti, 13, serta Rona Amir Mohammad, 52, isteri pertama Mohammad.
MANGSA..Rona, isteri pertama Mohammad.
MANGSA..Rona, isteri pertama Mohammad.

Selepas juri mengumumkan keputusan mereka, Mohammad yang bercakap menerusi seorang jurubahasa berkata: “Kami bukan penjenayah. Kami bukan pembunuh. Kami tidak melakukan pembunuhan itu dan ini tidak adil.”

Isterinya, Tooba, dalam keadaan terisak-isak, juga berkata, keputusan itu tidak adil.

“Saya bukan pembunuh. Saya ibu mereka,” katanya.

Anak mereka, Hamed yang bercakap dalam bahasa Inggeris berkata: “Saya tidak menyebabkan kakak dan adik saya lemas.”

Bagaimanapun, hakim, Robert Maranger tidak berganjak dan berkata, bukti yang ada jelas menyokong mereka bersalah kerana merancang dan membunuh keempat-empat anggota keluarga mereka.

Hakim, ketika menjatuhkan hukuman berkenaan, menyifatkan pembunuhan itu sebagai perbuatan yang amat keji dan kejam.

Pihak pembelaan berkata, kereta itu terhumban akibat kemalangan selepas seorang daripada gadis berkenaan memandunya untuk bersiar-siar.

Pendakwa raya sebelum itu berkata, tertuduh membunuh anak perempuan mereka kerana memalukan keluarga apabila mereka melanggar peraturan, termasuk dari segi pakaian.

Mangsa keempat ialah isteri pertama Mohammad yang mandul dan tinggal bersama keluarga itu di Montreal.

Hubungan itu, jika didedahkan, boleh menyebabkan mereka diusir pulang ke negara asal mereka.

Pendakwa raya, Laurie Lacelle sebelum ini memberitahu mahkamah: “Mohammad, Tooba dan Hamed bersependapat ada sesuatu yang mencacatkan salasilah keluarga mereka. Mereka memutuskan untuk membetulkannya.”

Ketiga-tiga beranak itu menafikan pembunuhan berkenaan dengan mendakwa, bukti menunjukkan kematian itu satu kemalangan. - DMmyMetro | 3 beranak pembunuh:

Video cemuh Putin popular di YouTube

Gambar yang dipetik dari video berjudul Nobody but us karya bekas tentera Rusia yang mencemuh Vladimir Putin. - AGENSI

MOSCOW 30 Jan. - Satu lagu oleh kumpulan rock dianggotai bekas tentera dari unit payung terjun yang melabel Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin sebagai seorang yang 'zalim', mendapat sambutan hangat apabila ditonton setengah juta kali di YouTube.
Video mengutuk Putin tersebut memaparkan lima bekas anggota tentera berbadan tegap, bertatu dan memakai beret. Dua daripadanya merupakan penyanyi utama, sementara tiga lagi bertindak sebagai penyanyi latar.
Perdana Menteri itu berhasrat bertanding semula jawatan Presiden pada pilihan raya 4 Mac ini.
"Kamu memusnahkan tentera, pasukan ini berpecah-belah kerana kamu, kamu memaki tentera dan menyebabkan pegawai dihantar pulang.
"Kami dengan baik mahu kamu berambus si zalim!," demikian lirik lagu tersebut.
Di bahagian korus lagu tersebut, mereka menyanyi: 'Kami adalah tentera payung terjun bebas dan negara ini bersama kami. Kamu hanya seorang pekerja awam, bukan 'Tsar' atau Tuhan."
Semalam, video itu telah ditonton sebanyak 445,000 kali sejak ia dimuat naik di YouTube pada Khamis lalu.
Lagu bertajuk Nobody but us yang juga moto unit pasukan payung terjun itu, turut dimuat naik di laman web saluran televisyen Dojd dan telah ditonton sebanyak 150,000 kali.
Seorang daripada penyanyi lagu itu berkata, dia membantah kepimpinan bekas ejen KGB itu kerana pemerintahan rejim yang keji.
"Kami sama seperti rakyat lain. Kami tidak mahu hidup dalam negara yang ada individu menipu," katanya. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Banduan guna Facebook ugut mangsa

LONDON 30 Jan. - Penjenayah termasuk pembunuh yang sedang menjalani hukuman di penjara, didapati menggunakan akaun Facebook untuk mengugut mangsa dan keluarga mereka menerusi telefon bimbit yang diseludup masuk ke sel tahanan.
Fenomena berbahaya itu didedahkan oleh badan amal yang melindungi saksi serta mangsa jenayah, Victim Support mendapati segelintir banduan turut dikesan meneruskan operasi jenayah mereka melalui laman web sosial tersebut.
Ketua Eksekutif badan itu, Javed Khan berkata, hampir 350 banduan dikenal pasti mengemas kini status Facebook mereka sejak dua tahun lalu, sementara beratus-ratus lagi turut dipercayai berbuat demikian tanpa dikesan pihak berkuasa.
Data tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang kegagalan sistem keselamatan di penjara.
"Ada segelintir penjenayah turut mempersendakan hukuman yang dijalani mereka melalui Facebook. Memburukkan lagi keadaan, banduan turut mengugut mangsa dan saksi.
"Saya mahu situasi ini dipantau dan dikawal lebih ketat," katanya.
Seorang daripada banduan, Liam Ryan, 19, yang dipenjara seumur hidup kerana membunuh Suppiah Tharmaseelan di Birmingham, didapati memuat naik gambarnya di Facebook, yang menunjukkan isyarat lucah di dalam sel kurungannya.
Dalam satu kes lain dua tahun lalu, seorang samseng paling berbahaya Britain, Colin Gunn dikesan menggunakan Facebook untuk mengugut musuh-musuhnya.
Bukan sekadar itu, ketua samseng yang dipenjara selama 35 tahun kerana konspirasi membunuh tersebut, turut berhubung dengan 565 'rakan' Facebooknya selama lebih dua bulan di penjara sehingga akaunnya ditutup.
Data Kementerian Kehakiman yang dikeluarkan menurut undang-undang Maklumat Bebas mendapati, sebanyak 143 akaun Facebook ditutup antara Julai 2009 hingga Jun 2010 dan sebanyak 199 lagi antara Julai 2010 hingga Jun tahun lalu. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Parti Iraqiya tamatkan boikot di Parlimen Iraq


BAGHDAD 30 Jan. - Blok sekular yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya Iraq pada Mac 2010, Iraqiya akan kembali ke Parlimen pada Selasa depan selepas menamatkan boikot yang dilancarkannya pada pertengahan bulan lalu.

"Iraqiya memutuskan ahli Parlimennya akan kembali menghadiri sidang dewan," kata Maysoon al-Damluji pada satu sidang media selepas mesyuarat para pemimpin dan ahli Parlimen blok itu.

Perbalahan meletus lebih sebulan lalu antara kerajaan pimpinan Syiah dengan blok Iraqiya apabila pihak berkuasa mendakwa Naib Presiden Tareq al-Hashemi yang merupakan seorang tokoh Sunah dan anggota Iraqiya atas tuduhan mengendalikan pasukan pembunuh.

Iraqiya memulakan boikot terhadap Parlimen dan Kabinet untuk membantah apa yang didakwanya sebagai penumpuan kuasa di tangan Perdana Menteri, Nuri al-Maliki, dan sejak itu mendesak Maliki berundur jika enggan mematuhi perjanjian perkongsian kuasa.

Pihak berkuasa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Hashemi. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Empat aktivis Papua dituduh khianati Indonesia

JAYAPURA 30 Jan. - Mahkamah Daerah Jayapura hari ini mendakwa lima aktivis Papua atas tuduhan mengkhianati negara kerana mengibarkan bendera Papua yang menyalahi undang-undang dan mengisytiharkan wilayah itu sebagai merdeka.
Semua defendan yang mengetuai satu sambutan pro kemerdekaan yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk asli Papua pada 19 Oktober 2011, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.
"Defendan bersama-sama cuba membuat tindakan mengkhianati negara dengan niat membenarkan negara ini atau sebahagian daripadanya untuk jatuh ke tangan musuh.
"Mereka cuba mengisytiharkan Papua sebagai sebuah wilayah bebas, satu perlakuan yang termaktub di bawah akta mengkhianati negara," kata Hakim Jack L. Oktovianus di Mahkamah Daerah Jayapura.
Rakaman televisyen tempatan menunjukkan lima lelaki itu mengisytiharkan kemerdekaan Papua di sini sebelum polis melepaskan tembakan ke arah orang ramai dan memukul mereka menggunakan belantan dan tangan.
Sekurang-kurangnya tiga maut sementara lebih 90 yang lain cedera dalam kejadian tersebut. Lapan pegawai polis turut diberi amaran bertulis kerana pelanggaran disiplin.
Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) semalam menggesa perbicaraan tersebut dibatalkan.
"Saya terkejut kerana negara demokratik moden seperti Indonesia masih mengambil tindakan ke atas penduduk yang menganjurkan protes serta menyuarakan pandangan kontroversi mereka," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Elaine Pearson dalam satu kenyataan.
Indonesia pada 1969 mengambil alih Papua, bekas tanah jajahan Belanda di bahagian barat pulau New Guinea, selepas satu undian di kalangan sekumpulan rakyat Papua terpilih yang disifatkan sebagai penipuan.
Rakyat Papua yang kebanyakannya orang asli Melanesia, sekian lama menuduh tentera Indonesia mencabul hak kemanusiaan di wilayah ini dan mengadu sumber kekayaan sumber asli Papua sering disalurkan kepada Jakarta. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

5 maut ditembak tentera Thai

Seorang ahli keluarga mangsa menangis pada majlis pengebumian mangsa pembunuhan tentera Thai di Pattani, semalam. - AFP

PATTANI 30 Jan. - Pasukan separa tentera Thailand malam tadi menembak mati empat lelaki Islam termasuk seorang warga emas dan seorang remaja di selatan negara ini kerana menyangka mereka diserang.
Mangsa dalam perjalanan pulang dengan menaiki sebuah trak pikap setelah menghadiri pengebumian seorang ahli keluarga, kata pemandu kenderaan itu kepada polis di wilayah Pattani.
"Renjer tentera melihat sebuah trak pikap dan menahannya, kemudian mendengar bunyi tembakan dan menyangka mereka diserang, lantas membedil trak itu dengan tembakan senjata api, menyebabkan empat lelaki terbunuh dan lima lagi cedera," menurut laporan polis hari ini mengenai insiden itu.
Antara yang maut termasuk seorang lelaki berusia 70 tahun dan seorang remaja berumur 18 tahun, manakala seorang lelaki berumur 76 tahun dan tiga remaja berusia 14, 15 dan 19 tahun adalah antara lima mangsa yang cedera.
Dua senjata api ditemui di dalam trak, tetapi laporan polis tidak menyebut sama ada tembakan telah dilepaskan dengan senjata itu.
Pemandu trak memberitahu polis senjata tersebut bukan milik sesiapa di dalam trak itu.
"Kami perlu menyiasat insiden ini dengan terperinci dan saya akan menyoal anggota renjer terbabit dan mangsa yang selamat untuk memastikan keadilan bagi kedua-dua pihak," kata ketua polis daerah Nongjik, Kolonel Chonnawee Chamareuk.
Tiga wilayah paling selatan di Thailand, Pattani, Yala dan Narathiwat dilanda pergolakan berpunca daripada pemberontakan yang tidak mempunyai matlamat yang jelas.
Ramai askar kerajaan ditempatkan di wilayah itu, dengan bantuan pasukan separa tentera yang bersenjata.
Menurut angka terbaru Deep South Watch, badan yang memantau konflik di selatan Thai, hampir 5,000 orang termasuk penduduk Islam dan penganut agama Buddha terbunuh dan 8,300 lagi cedera sejak kekacauan bermula pada 2004. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

Bertubuh kecil kerana berhenti makan ubat hormon


MOHD. FAIRUS menunjukkan kad OKU miliknya tetapi dia tidak
mendapat bantuan daripada JKM.
KANGAR - Tindakan seorang remaja berusia 18 tahun yang berhenti memakan ubat hormon pembesaran selepas kematian ibunya sejak 10 tahun lalu telah memberi impak besar dalam kehidupannya apabila saiz tubuhnya kini tidak ubah seperti seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Akibatnya, Mohd. Fairus Firdaus Zainol kini hanya mempunyai ketinggian kira-kira 115 sentimeter manakala berat badannya hanya 15 kilogram.
Remaja itu mendakwa, pertumbuhan tubuhnya terbantut dan menjadi seperti kanak-kanak gara-gara dia tidak mengambil ubat hormon pembesaran setelah kematian ibu.
"Sebelum ini ibu yang memberi ubat tersebut yang dibekalkan khas oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.
"Selepas ibu meninggal dunia sejak 10 tahun lalu, tiada sesiapa pun yang boleh mengambil ubat tersebut dan tubuh saya kekal seperti dahulu," katanya ketika ditemui di Kampung Kuala Sanglang di sini semalam.
Keadaan fizikal yang dialami Mohd. Fairus berbeza seperti orang kerdil lain yang mengalami pertumbuhan anggota tidak seimbang sebaliknya keadaannya adalah normal namun tulangnya kecil.
"Bapa telah meninggal awal daripada ibu manakala saudara-mara lain pula tidak mampu ke PPUKM untuk mengambil ubat khas itu pada setiap bulan," ujarnya lagi.
Sejak itu, jelasnya, pertumbuhan tubuhnya tidak menampakkan perubahan dan dia begitu terkilan kerana keadaan fizikalnya yang kecil menyebabkan pergerakannya terhad tidak seperti remaja seusianya yang aktif dan kuat.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

Artis seni rancang hantar batu tahi bintang 4,000 tahun


GAMBAR fail menunjukkan sebongkah batu tahi bintang berusia 4,000 tahun
yang dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.
GANCEDO, Aregentina - Seorang artis seni Argentina, Nicolas Goldberg dan Guillermo Faivovich dari Perancis merancang satu projek untuk membawa sebongkah batu tahi bintang gergasi untuk dipamerkan di Kassel, Jerman pada September depan.
Batu tahi bintang itu kini dipamerkan di Gancedo, wilayah Chaco, Argentina.
Kedua-dua artis seni tersebut mahu membawa batu tahi bintang yang seberat 37 tan itu dari tempat ia dipamerkan kini.
Batu tahi bintang itu jatuh kira-kira 4,000 tahun lalu dan dikeluarkan dari lokasi tempat ia jatuh pada 8 Julai 1980 di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Piguen Nonralta. - AFP
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Larian paling mencabar di dunia


SEJUMLAH orang menyaksikan peserta menyertai larian paling mencabar
 di dunia di Perton kelmarin.
PERTON, England - Seramai 6,000 orang menyertai larian paling mencabar di dunia di sini kelmarin dengan peserta dikehendaki menandatangani perjanjian bahawa pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap kematian mereka.
Acara mencari lelaki paling berdaya tahan itu bermula sejak 1986 dan ia memerlukan para peserta berlari menempuh pelbagai halangan antaranya meredah api, berenang dalam lumpur, mendaki, berlari sambil membawa batang kayu dan meniarap di bawah kawat berdiri. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Bapa bunuh anak dihukum penjara

Mohammad Shafia (dua dari kanan) Tooba (tengah) dan anak mereka Hamed (dua dari kiri) diiringi ke sebuah mahkamah di Kingston, Ontario pada Sabtu lalu.

ONTARIO, Kanada - Tiga beranak dari satu keluarga Kanada berketurunan Afghanistan kelmarin didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh tiga orang serta seorang wanita yang mempunyai kaitan kekeluargaan.
Juri mahkamah di Kingston, Ontario telah mendapati ketiga-tiga tertuduh iaitu Mohammad Shafia, isterinya, Tooba Mohammad Yahya dan anak sulung mereka, Hamed Mohammad Shafia bersalah atas empat pertuduhan membunuh.
Mangsa-mangsa yang dibunuh adalah tiga adik Hamed dan seorang wanita, iaitu isteri pertama Mohammad Shafia.
"Adalah sukar untuk memutuskan keputusan kes jenayah yang lebih hina, lebih kejam," kata Hakim Robert Maranger kepada pemberita selepas perbicaraan itu seperti yang disiarkan media Kanada.
Menurut Maranger, tiada sebab yang yang kukuh di sebalik pembunuhan kejam ini dan paling memalukan adalah empat mangsa benar-benar tidak bersalah.
Sepanjang perbicaraan selama tiga bulan, mahkamah mendengar keterangan yang berulang-ulang bahawa ketiga-tiga beradik itu sering bertengkar dengan bapa mereka dalam banyak isu.
Salah seorang mangsa telah mempunyai teman lelaki dan mencari perlindungan di tempat perlindungan wanita, manakala seorang lagi telah dihantar pulang dari sekolah kerana memakai pakaian yang terlalu mendedahkan.
Mereka dianggap mencemarkan maruah keluarga kerana tidak mempedulikan disiplin keluarga tentang pakaian, temu janji dengan lelaki, bersosial dan menggunakan Internet.
Tiga saudara perempuan itu ditemui mati lemas dalam terusan yang berkunci bersama seorang lagi wanita itu yang ditemui pada 30 Jun 2009 di dalam sebuah kereta.
Ketiga-tiga perempuan yang berbalah dengan bapa mereka itu ialah, Zainab, 19, Sahar 17, dan Geeti, 13. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia:

'via Blog this'

Filem Dragon Tattoo diharam di India

AKTRES filem The Girl with The Dragon Tattoo, Rooney Mara (kiri) bercakap
 dengan Fincher (kanan) pada majlis tayangan perdana filem berkenaan
 di Tokyo, Jepun semalam.
MUMBAI - Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbuster, The Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.
Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.
Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).
"Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India," kata pegawai CBFC," J.P. Singh.
"Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan," tambahnya.
Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.
"Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya," kata CBFC dalam satu kenyataannya.
Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.
Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.
Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. - AFP

Monday, January 30, 2012

Monyet, babi hutan tertipu

PORT DICKSON: “Sudah habis cara kami lakukan untuk menghalau monyet liar dan babi hutan, sehinggalah seorang rakan memberi idea supaya meletakkan ‘harimau’ di laman rumah,” kata Norehan Nordin, 55, yang meletakkan patung harimau di hadapan rumahnya bagi menghalau haiwan liar itu daripada mengganas dan merosakkan tanaman di kebunnya di Kampung Telok Pelandok, di sini.

Lebih mengejutkan, idea itu ternyata berkesan apabila ratusan monyet liar tidak lagi menghampiri kawasan rumahnya kerana bimbang ‘dimakan’ harimau itu.


“Tidak sangka idea ini berkesan berikutan monyet liar lari bertempiaran selepas melihat patung harimau itu dan tidak lagi berani menghampiri rumah dan tanaman kami.

“Saya bercadang mahu ‘membela’ lagi harimau kemudian diletakkan di seluruh rumah bagi menakutkan monyet dan babi hutan berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.


Norehan berkata, patung harimau itu perlu dipilih dengan betul iaitu mulutnya mestilah terbuka seperti sedang mengaum supaya kelihatan garang dan saiznya mestilah sama dengan harimau sebenar.


“Saya mengetahui taktik itu sebaik diberitahu pekedai di Ayer Itam, Johor, yang menyarankan saya membeli patung harimau mulut terbuka.


“Walaupun harganya mencecah RM120 seunit, namun berbaloi untuk menakutkan monyet yang sentiasa ada di sekitar rumah. Jika tidak, kawasan lapang hadapan rumah menjadi tempat haiwan itu berkeliaran,” katanya.


Menurut suaminya, Abu Bakar Yusof, 58, rumah itu peninggalan ayahnya sejak 50-an dan menjadi tempat berkumpul monyet liar.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, monyet berkenaan membiak hingga kadang-kadang boleh mencapai beribu ekor hingga menakutkan cucu saya,” katanya. Abu Bakar berkata, sejak rumahnya meletakkan harimau itu, ia menjadi ikutan kepada jiran yang turut meletakkan patung harimau di halaman rumah mereka.


“Dulu jika kami leka, monyet akan masuk ke dalam rumah dengan membuka pintu kemudian memakan makanan yang diletakkan di atas meja.


“Saya berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat melakukan sesuatu berikutan sudah beberapa kali aduan dibuat ke jabatan itu, namun tiada tindakan,” katanya.

Lelaki cintai isteri orang kena hukuman potong

SUNGAI PETANI: Akibat menjalin hubungan terlarang dengan isteri orang, seorang lelaki menerima padah apabila kedua-dua kaki dan tangannya hampir putus ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki dalam pergaduhan di depan rumah kekasih mangsa di Jalan Kuala Ketil, dekat sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 2 pagi apabila mangsa yang berusia 30-an dan sudah berkahwin datang ke rumah kekasihnya itu untuk bersemuka dengan suami wanita berkenaan yang berusia 30-an bagi menjelaskan hubungannya dengan isteri lelaki terbabit.
Sebelum ini, mangsa didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri lelaki terbabit sehingga menimbulkan syak dan kemarahan suami wanita itu.

Berikutan itu, mangsa mengambil keputusan nekad untuk bertemu suami wanita berkenaan dan pertemuan itu dihadiri isteri lelaki itu sebagai saksi.



Sumber berkata, pertemuan yang berlangsung di luar rumah lelaki berkenaan bertukar tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua sebelum disertai beberapa lelaki lain dipercayai rakan suami wanita itu.


sumber : myMetro

MABUK, ROGOL ISTERI TEMANNYA YANG DISANGKA ISTERINYA DI JALAN MARAKAU, RANAU

MABUK, ROGOL ISTERI TEMANNYA YANG DISANGKA ISTERINYA DI JALAN MARAKAU, RANAU:

RANAU: Walaupun sudah mempunyai tiga isteri, seorang lelaki masih gagal mengawal nafsu serakahnya apabila merogol seorang wanita dalam satu kejadian di Jalan Marakau berdekatan Jalan Airport Lama, di sini, malam kelmarin.
Lebih menghairankan, suspek yang berusia 37 tahun merogol isteri rakan karibnya sendiri di dalam van miliknya sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di kampung Kilimu, di sini, jam 8.30 malam.
Difahamkan sebelum kejadian, mangsa berusia 34 tahun menghubungi suspek untuk meminta mengambilnya di pekan Ranau dan menghantarnya pulang kerana dia melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek
Ketika dalam perjalanan pulang, suspek yang dipercayai sedang mabuk, membawa mangsa ke satu kawasan di Jalan Marakau, berdekatan Airport Lama.
Pada mulanya, mangsa menyangka suspek mahu menemui rakannya, namun tiba-tiba suspek menarik tangannya lalu membawa wanita itu ke belakang van sebelum merogolnya.
Selepas melepaskan nafsu setan, suspek menghantar mangsa pulang ke rumahnya, sebelum beredar.
Suami mangsa yang terkejut apabila isterinya menangis teresak-esak sejurus pulang ke rumah meminta mangsa menceritakan apa yang terjadi. Sebaik diberitahu kejadian itu, dia membawa isterinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau kira-kira jam 12 tengah malam.




Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata, sebaik menerima laporan mangsa, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau melakukan siasatan.
“Suspek kemudian dicekup di rumahnya di Kampung Marakau tidak sampai satu jam selepas laporan dibuat mangsa.
“Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangkakan wanita itu adalah isterinya disebabkan ketika itu, dia dalam keadaan mabuk. Namun siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, mangsa dipercayai melanggan perkhidmatan kereta sewa dikendalikan suspek untuk menghantarnya berulang alik ke tempat kerja di pekan Ranau, setiap hari.
“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, manakala mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

'via Blog this'

Kitab Tib rahsia kearifan Melayu

pix_gal0Berita Harian Online | Kitab Tib rahsia kearifan Melayu:Pelbagai ilmu perubatan Melayu berserta ramuan dan kaedah pengubatan dirincikan

BANGSA Melayu sejak dulu sudah memiliki pengetahuan dalam ilmu perubatan dan secara umum sebahagian besar maklumat dalam bidang ini ditulis dalam tulisan jawi dengan manuskrip yang dikenali sebagai Kitab Tib, iaitu pinjaman daripada bahasa Arab bermaksud ilmu mengenai ubat-ubatan.


Hampir kesemua kandungan Kitab Tib merujuk kepada perubatan, tabib, penyakit dan ubat, tetapi dalam kebanyakan teks, Kitab Tib juga mengandungi pelbagai ilmu termasuk ilmu perubatan, ilmu ramalan rejang, manakala pecahan kecil dalam kitab ini ialah ilmu kesihatan diri, analisis mimpi, ilmu falak dan hubungannya dengan mengenal serta mengubati penyakit.
Jika puisi Melayu tradisi seperti pantun adalah petanda kearifan orang Melayu dalam ilmu geografi, Kitab Tib pula adalah himpunan kebijaksanaan orang Melayu dalam ilmu perubatan dan penjagaan diri. - Dr Harun Mat Piah, Bekas Mualim Tamu PNM
Tidak ketinggalan, perkara berhubung pengubatan masalah tenaga syahwat, ilmu berahi dan pemulihan serta menguatkan tenaga batin turut didokumentasikan dalam Kitab Tib.

Perkara ini yang dibangkitkan Mantan Mualim Tamu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Dr Harun Mat Piah, ketika membincangkan Kitab Tib Sebagai Wadah Ilmu dan Kearifan Orang Melayu pada Siri Wacana Manuskrip Melayu di PNM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Jika puisi Melayu tradisi seperti pantun adalah petanda kearifan orang Melayu dalam ilmu geografi, Kitab Tib pula adalah himpunan kebijaksanaan orang Melayu dalam ilmu perubatan dan penjagaan diri,” katanya yang turut mendedahkan 80 manuskrip yang tergolong dalam kategori Kitab Tib tersimpan di seluruh dunia termasuk 40 daripadanya di PNM.

Bakinya menjadi hak milik individu, organisasi dan kerajaan negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei hinggalah negara barat seperti Belanda, Britain selain Perancis, manakala antara Kitab Tib yang terkenal ialah Tajul Muluk dan Kitab Tib Pontianak.
“Kearifan orang Melayu dalam dunia perubatan sangat jelas jika kita mengkaji Kitab Tib. Seolah-olah setiap bomoh atau pawang itu lepasan sekolah perubatan. Ilmu pengubatan untuk sesuatu penyakit hampir sama dengan ubat-ubatannya, sukatan dan cara menghasilkan ubat juga dibuat dengan ukuran standard,” jelasnya.

Kehadiran Kitab Tib yang menjadi warisan berharga bangsa Melayu hari ini jelas menunjukkan wujudnya pelbagai bidang ilmu yang dipelajari masyarakat dengan sebahagian besarnya dirakam dalam naskhah lama dengan kebanyakan jenis ilmu terbabit mempunyai konsep dan kaedah penyampaiannya tersusun.

Meskipun Kitab Tib kurang seninya daripada segi bahasa atau penampilannya berbanding manuskrip sastera atau sejarah, tetapi isi kandungannya relevan, malahan kandungannya yang kekal menjadi petua berkesan sehingga terus diamalkan generasi hari ini.

Buktinya, pantang larang tidak boleh makan daging untuk mereka yang buasir, jangan makan telur bagi mereka yang sakit mata dan madu asli sebagai penawar mujarab untuk masalah batuk, masih menjadi amalan sebahagian besar bangsa Melayu hari ini.

“Yang menjadi masalah ialah bahasa yang digunakan dalam Kitab Tib. Kebanyakan bahasanya Melayu lama dan ditulis berdasarkan zamannya. Justeru bahasanya sedikit sukar difahami orang kebanyakan, manakala ada beberapa ramuan ubat yang mungkin sukar dicari. Justeru, pada logiknya perubatan moden lebih sesuai dan menjimatkan masa,” ujarnya.

Dr Harun turut berkongsi dengan khalayak wacana bahawa tidak semua Kitab Tib ditulis dalam bentuk catatan perubatan kerana ada sesetengah kandungan Kitab Tib ditulis dalam bentuk syair dan hikayat, misalnya Syair Laksana Kita, Syair Bahr An-Nisa dan Hikayat Nurul Lisan.

“Satu lagi pecahan kecil dalam Kitab Tib ialah ilmu jimak, iaitu perkara yang berkaitan dengan hubungan intim suami isteri. Ilmu ini disebut juga sebagai ilmu berahi atau ilmu syahwat. Ia bukan pendidikan seks ala barat, tetapi pendidikan berhemah dalam masa sama memberi didikan kepada amalan penjagaan kesihatan diri. Misalnya dalam Kitab Kanz al-Ikhtisas disebut tentang jika jimak terlalu banyak dilakukan, ia memberi mudarat daripada manafaat,” katanya.

Dalam Kitab Hayawat al-Haiwan pula ilmu berahi ditampilkan sebagai, ‘empat perkara yang mendaifkan badan dan menyegerakan tua, pertama banyak jimak, kedua banyak citaan hati (terlalu bercita-cita tinggi tidak sepadan usia), ketiga banyak minum air pagi-pagi serta keempat banyak makan yang masam.

Kitab Syaikh Razak al-Maki pula menyebut, ‘tiga perkara yang menyegerakan rukuh badan dan mendaifkan dia, pertama menjimak perempuan yang sangat tua, kedua tidur pada ketika sangat kenyang, ketiga memasukkan di dalam jimak tatkala kenyang perut’.

Begitupun, apa yang paling menarik dalam Kitab Tib bagi Dr Harun ialah kaedah pembicaraan kitab itu dengan setiap jenis penyakit, rawatan, ubat-ubatan, penggunaan bahan, sistem sukatan dan timbang ramuan ubat, proses pembuatan ubat dan pantang larangnya hampir sama dalam kebanyakan kitab.

“Selain itu dalam ilmu perubatan Melayu, unsur pantang larang iaitu kalau berubat mesti ada pantangnya dan kalau langgar pantang akan bentan. Justeru ada konsep makanan berangin atau sejuk dalam ilmu perubatan Melayu. Namun, apa yang menarik kearifan orang Melayu sangat menyerlah kerana kalau sudah bentan, ilmu perubatan Melayu ada pula ilmu untuk menangani bentan,” katanya.

Sungguhpun demikian, Dr Harun tidak menafikan kearifan orang Melayu bukan saja dirakam dalam Kitab Tib, tetapi juga karya sasteranya dan ratusan jenis ilmu, dalam semua bidang mahupun peringkat, selain wujud serta subur berkembang dalam semua zaman.

“Bagaimanapun, meskipun secara keseluruhan direkodkan ada 22,000 naskhah manuskrip Melayu di seluruh dunia, namun hanya separuh daripadanya berada di Malaysia, manakala sebahagian lagi berada dalam simpanan negara asing,” katanya.

'via Blog this'