Pages

Tuesday, January 31, 2012

Banduan guna Facebook ugut mangsa

LONDON 30 Jan. - Penjenayah termasuk pembunuh yang sedang menjalani hukuman di penjara, didapati menggunakan akaun Facebook untuk mengugut mangsa dan keluarga mereka menerusi telefon bimbit yang diseludup masuk ke sel tahanan.
Fenomena berbahaya itu didedahkan oleh badan amal yang melindungi saksi serta mangsa jenayah, Victim Support mendapati segelintir banduan turut dikesan meneruskan operasi jenayah mereka melalui laman web sosial tersebut.
Ketua Eksekutif badan itu, Javed Khan berkata, hampir 350 banduan dikenal pasti mengemas kini status Facebook mereka sejak dua tahun lalu, sementara beratus-ratus lagi turut dipercayai berbuat demikian tanpa dikesan pihak berkuasa.
Data tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan tentang kegagalan sistem keselamatan di penjara.
"Ada segelintir penjenayah turut mempersendakan hukuman yang dijalani mereka melalui Facebook. Memburukkan lagi keadaan, banduan turut mengugut mangsa dan saksi.
"Saya mahu situasi ini dipantau dan dikawal lebih ketat," katanya.
Seorang daripada banduan, Liam Ryan, 19, yang dipenjara seumur hidup kerana membunuh Suppiah Tharmaseelan di Birmingham, didapati memuat naik gambarnya di Facebook, yang menunjukkan isyarat lucah di dalam sel kurungannya.
Dalam satu kes lain dua tahun lalu, seorang samseng paling berbahaya Britain, Colin Gunn dikesan menggunakan Facebook untuk mengugut musuh-musuhnya.
Bukan sekadar itu, ketua samseng yang dipenjara selama 35 tahun kerana konspirasi membunuh tersebut, turut berhubung dengan 565 'rakan' Facebooknya selama lebih dua bulan di penjara sehingga akaunnya ditutup.
Data Kementerian Kehakiman yang dikeluarkan menurut undang-undang Maklumat Bebas mendapati, sebanyak 143 akaun Facebook ditutup antara Julai 2009 hingga Jun 2010 dan sebanyak 199 lagi antara Julai 2010 hingga Jun tahun lalu. - AGENSIUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: