Pages

Tuesday, January 31, 2012

Video cemuh Putin popular di YouTube

Gambar yang dipetik dari video berjudul Nobody but us karya bekas tentera Rusia yang mencemuh Vladimir Putin. - AGENSI

MOSCOW 30 Jan. - Satu lagu oleh kumpulan rock dianggotai bekas tentera dari unit payung terjun yang melabel Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin sebagai seorang yang 'zalim', mendapat sambutan hangat apabila ditonton setengah juta kali di YouTube.
Video mengutuk Putin tersebut memaparkan lima bekas anggota tentera berbadan tegap, bertatu dan memakai beret. Dua daripadanya merupakan penyanyi utama, sementara tiga lagi bertindak sebagai penyanyi latar.
Perdana Menteri itu berhasrat bertanding semula jawatan Presiden pada pilihan raya 4 Mac ini.
"Kamu memusnahkan tentera, pasukan ini berpecah-belah kerana kamu, kamu memaki tentera dan menyebabkan pegawai dihantar pulang.
"Kami dengan baik mahu kamu berambus si zalim!," demikian lirik lagu tersebut.
Di bahagian korus lagu tersebut, mereka menyanyi: 'Kami adalah tentera payung terjun bebas dan negara ini bersama kami. Kamu hanya seorang pekerja awam, bukan 'Tsar' atau Tuhan."
Semalam, video itu telah ditonton sebanyak 445,000 kali sejak ia dimuat naik di YouTube pada Khamis lalu.
Lagu bertajuk Nobody but us yang juga moto unit pasukan payung terjun itu, turut dimuat naik di laman web saluran televisyen Dojd dan telah ditonton sebanyak 150,000 kali.
Seorang daripada penyanyi lagu itu berkata, dia membantah kepimpinan bekas ejen KGB itu kerana pemerintahan rejim yang keji.
"Kami sama seperti rakyat lain. Kami tidak mahu hidup dalam negara yang ada individu menipu," katanya. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: