KHARTOUM - Seramai 14 pekerja China yang diculik pemberontak Sudan di Kordofan Selatan, berjaya dibebaskan tentera Sudan, semalam.
'via Blog this'
Gabenor negeri, Ahmad Harun memberitahu, kesemua mangsa berjaya dibebaskan dan berada dalam keadaan baik.
14 mangsa itu kini dibawa ke kawasan berhampiran el Obeid di kejiranan Kordofan Utara.
Dalam pada itu, Harun menjelaskan, masih ada lagi mangsa culik yang belum dibebaskan dan nasib mereka agak kabur.
China mengesahkan sebilangan warganegaranya telah hilang selepas pemberontak menyerang kem sebuah syarikat China, Sabtu lalu, dan senarai nama yang dikeluarkan majikan Syarikat Power China Construction Corp, menyatakan lebih 20 pekerjanya telah hilang.
Dalam pada itu, kumpulan pemberontak Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan Utara (SPLM-N) sendiri mengesahkan seramai 29 warga China telah diculik.Tahanan pemberontak Sudan dibebaskan - Global - Sinar Harian:'via Blog this'
No comments:
Post a Comment