Tarikh : November 21, 2011
DAMSYIK - Sekurang-kurangnya dua butir bom tangan meletup di bangunan milik parti pemerintah Syria, Parti Baath di Damsyik, semalam.
Serangan itu adalah yang pertama dilaporkan di ibu negara itu sejak pemberontakan terhadap Presiden Bashar Al-Assad bermula, lapan bulan lalu.
Menurut laporan saksi, serangan berlaku beberapa jam selepas berakhirnya tempoh diberikan Liga Arab kepada kerajaan Syria supaya menghentikan kekerasan terhadap penduduk negara itu.
"Asap tebal dapat dilihat daripada bangunan yang hampir kosong itu. Nampaknya serangan ini adalah tanda amaran kepada rejim Bashar," menurut seorang saksi yang enggan dinamakan.
Namun laporan serangan itu tidak dapat disahkan secara tepat kerana kerajaan Syria menghalang media luar daripada memasuki negara itu sejurus kebangkitan rakyat bermula, Mac lalu.
Bashar kelmarin mengumumkan pilihan raya akan diadakan Februari atau Mac depan dan perlembagaan baru akan dibuat oleh Parlimen yang dipilih rakyat semasa pilihan raya itu.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment