Pages

Saturday, November 19, 2011

2,652 calon UPSR Pulau Pinang dapat A



SEBAHAGIAN daripada 90 murid SK Bertam Indah meraikan kejayaan mereka selepas memperoleh keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR di Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin.


KEPALA BATAS 18 Nov. - Seramai 2,652 daripada 24,874 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 di Pulau Pinang pada tahun ini berjaya memperoleh keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

Bilangan itu menurun sebanyak 187 orang berbanding tahun lalu yang menyaksikan 2,839 calon mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, secara keseluruhan pencapaian minimum bagi semua mata pelajaran adalah 67.23 peratus iaitu seramai 16,547 murid mencapai sekurang-kurangnya gred C.

"Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah cemerlang bagi aliran kebangsaan iaitu seramai 90 daripada 211 calon memperoleh 5A.

"Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK), sekolah paling cemerlang adalah SJKC Perempuan Cina dengan 59 daripada 271 calon memperoleh 5A manakala SJK Tamil Subramaniya Barathee pula unggul bagi aliran itu apabila empat daripada 29 calon mendapat 7A," katanya.

Ahmad Tarmizi berkata demikian pada sidang akhbar sempena pengumuman keputusan UPSR di sini semalam.

Murid Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK) Alma (Penglihatan), Muhammad Iskandar Shah Mohd. Nawi pula dipilih murid pendidikan khas terbaik selepas memperoleh 4A 1B.

Utusan Malaysia Online - Utara:

'via Blog this'

No comments: