Tarikh : November 19, 2011
Berikut adalah sorotan hidup pemimpin berkarakter luar biasa ini:
29 September 1936 - Dilahirkan di Milan, Itali. Memulakan kerjaya sebagai penjual pembersih hampagas dan meraih populariti sebagai penyanyi kelab malam serta penghibur di atas kapal persiaran.
1961 - Selepas memperoleh ijazah undang-undang dari Universiti Milan, beliau menubuhkan syarikat pembinaan, Edilnord.
1965 - Berkahwin dengan Elvira Dall’Oglio, dikurniakan dua cahaya mata tetapi bercerai pada 1985.
1971 - Melancarkan syarikat televisyen kabel pertama tempatan, Telemilano yang akhirnya berkembang menjadi empayar media terbesar, Mediaset di Itali. Berlusconi turut memiliki kelab bola sepak AC Milan, syarikat penerbitan terbesar, Mandadori dan akhbar Il Giornale.
1990 - Berkahwin untuk kali kedua dengan Veronica Lario dan dikurniakan tiga cahaya mata.
1993 - Mengasaskan parti politik Forza Italia.
Mac 1994 - Memenangi pilihan raya buat kali pertama.
April 1996 - Tewas kepada pesaingnya, Romano Prodi yang berjaya memegang jawatan Perdana Menteri pada masa itu.
Mei 2001 - Kembali berkuasa sebagai Perdana Menteri.
April 2006 - Tewas sekali lagi kepada Prodi.
Julai 2006 - Dibicarakan atas dakwaan penipuan (akaun palsu dan cukai) dan penyelewengan.
Mei 2008 - Dilantik sebagai perdana menteri untuk kali ketiga. Berhadapan 50 kali undi tidak percaya dalam tempoh tiga tahun sehingga 2011.
Mei 2009 - Isterinya, Lario memfailkan penceraian dan dilaporkan berkata sudah tidak sanggup lagi untuk bersama dengan lelaki yang terlibat dengan perempuan bawah umur. Kenyataan ini dikeluarkan selepas Berlusconi menghadiri parti sambutan ulang tahun ke-18 seorang gadis, Noemi Letizia.
Oktober 2009 - Seorang pelacur dikenali sebagai Patrizia D’Addario mendakwa Berlusconi menidurinya dalam satu sesi temu bual televisyen. Kemudian, Berlusconi didakwa pula menganjurkan beberapa parti seks.
Februari 2011 - Hakim mengarahkan Berlusconi dibicarakan atas dakwaan membayar seorang pelacur bawah umur untuk mengadakan hubungan seks. Beliau juga didakwa menyalahguna kuasa kerana campur tangan untuk membebaskan pelacur itu dari tahanan polis selepas wanita itu ditahan kerana mencuri.
12 November 2011 - Empat hari selepas kehilangan undian majoriti di Parlimen, Berlusconi bersetuju untuk meletak jawatan secara rasmi selepas berkhidmat sebagai Perdana Menteri selama tiga penggal (1994-1995, 2001-2006, 2008-2011). Pemimpin berumur 75 tahun itu kini berhadapan tiga perbicaraan serentak di mahkamah.
17 November 2011 - Dan Berlusconi menutup tirai perkhidmatan dengan gaya tersendiri apabila beliau menerbitkan album lagu-lagu cinta miliknya, True Love, pada hari terakhir sebagai Perdana Menteri Itali.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment