LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Aktres terkenal, Demi Moore dengan rasa sedih mengumumkan kelmarin bahawa perkahwinannya dengan Ashton Kutcher telah berakhir selepas aktor tersebut dilapor curang dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.
Pengesahan tersebut dibuat selepas laporan mengenai keretakan rumah tangga mereka disiarkan media AS sejak beberapa bulan lalu. Pasangan selebriti itu berkahwin pada 2005 ketika usia Moore 42 dan Kutcher, 27 tahun.
Moore yang kini berusia 49 tahun sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Bruce Willis selama 13 tahun. "Dengan perasaan sedih dan hati yang berat saya telah memutuskan untuk menamatkan perkahwinan enam tahun saya dengan Kutcher," kata aktres tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh publisisnya.
Moore pernah berlakon dalam beberapa filem blockbuster termasuk Ghost (1990), A Few Good Men (1992), Indecent Proposal (1993) dan G.I. Jane (1997), mungkin perlu menukar nama akaun Twitternya iaitu @mrskutcher. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment