Pages

Saturday, November 19, 2011

Mangsa tipu pacaran internet

DOLEGO menunjukkan pasport ketika berada di Hospital  Chernivtsi, Ukraine.
DOLEGO menunjukkan pasport ketika berada di Hospital Chernivtsi, Ukraine.
Bekas calon jawatan gabenor Arizona gelandangan di Ukraine

KIEV (Ukraine): Bekas calon jawatan gabenor Arizona mengunjungi Ukraine untuk ‘mencari cinta’, tetapi berakhir dengan kelaparan dan jatuh sakit di pusat perlindungan orang tidak berumah. Ini mangsa berpacaran internet.
Pekerja sosial terkejut ketika terserempak dengan Cary Dolego, 53, yang duduk di tepi jalan Rabu lalu, berkelakuan pelik dan mengalami radang paru-paru.
Dolego yang bertanding bagi jawatan gabenor Arizona tahun lalu melawat Ukraine musim bunga untuk membuat penyelidikan untuk projek kejuruteraan dan mahu mencari jodoh.

Lelaki itu berkata beliau berkenalan dengan seorang wanita dikenali Yulia menerusi online dan berharap dapat berkahwin dengannya dan mengunjungi kampung halaman wanita itu di Chernivtsi. Tetapi wanita itu tidak muncul.

Dengan tiada tempat untuk dituju serta kehabisan wang, Dolego merayau di jalan di Chernivtsi bersama ramai lagi gelandangan sehingga beliau ditemui pekerja sosial dan dibawa ke pusat perlindungan.

“Saya mencari jodoh dengan wanita Ukraine, seseorang yang boleh bersama saya menjadi isteri. Kepada semua wanita Salvic, anda dialu-alukan,” katanya kepada AP.
“Beliau kelihatan teruk, pakaian comot dan kelihatan seperti gelandangan,” kata Anastasia Beridze dari badan kebajikan Narodna Dopomoha.

Wanita yang dikenali sebagai Yulis berkata beliau tidak mengetahui mengenai kewujudan Dolego kerana akaunnya dalam laman web mencari jodoh digodam dan pihak berkenaan berkomunikasi dengan Dolego tanpa pengetahuannya, katanya kepada AP.

“Apa yang terjadi sangat teruk,” katanya yang juga seorang doktor berusia 29 tahun.

Selepas mengetahui apa yang terjadi, Yulia melawat Dolego kerana bersimpati dengan nasibnya.

“Sebaik saya tiba di hospital lelaki itu memeluk saya dan berharap dapat berkahwin. Saya sangat terkejut,” katanya yang tidak berminat meneruskan hubungan dengan lelaki itu walaupun Dolego menganggap sebaliknya.

Dolego yang berasal dari Queen Creek, Arizona berkata beliau menjual rumah, trak serta motosikal miliknya untuk pergi ke Ukraine untuk mendalami ilmu kejuruteraan.

Beliau yang juga bapa kepada tiga anak dan pernah bercerai sebanyak dua kali turut ke negara itu untuk mencari cinta dengan wanita cantik Eropah Timur.

Selepas mendapati tiada sokongan dalam projeknya di beberapa bandar di Ukraine, beliau dihalau dari bilik sewanya dan terus menaiki kereta api ke Chervistsi dengan harapan bertemu Yulia dan berkahwin. – AP
Berita Harian Online | Mangsa tipu pacaran internet:

'via Blog this'

No comments: