Pages

Saturday, November 19, 2011

Pejabat Parti Baath diserang

DAMSYIK: Tentera pemberontak menyerang parti pemerintah Syria semalam, sehari selepas pangkalan perisikan tentera udara negara itu menjadi sasaran bedilan mesingan.

Ketika Russia memberi amaran berlaku perang saudara besar-besaran di Syria, pejabat Parti Baath di wilayah Idlib yang terletak berhampiran sempadan Turki dihujani grenad.


Pada hari sama, tentera kerajaan membunuh lapang orang - termasuk dua kanak-kanak - dalam usaha mereka mengekang kebangkitan rakyat negara itu.

Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, kumpulan pemberontak menyerang pejabat sayap pemuda Parti Baath yang menjadi tempat ejen keselamatan Syria bermesyuarat.


“Berlaku pertempuran selepas pejabat berkenaan diserang dengan grenad,” kata pertubuhan itu. Agensi berita Sana menafikan kejadian itu, sebaliknya berkata, ia hanyalah salah lapor media.


Kelmarin, serangan pemberontak ke atas pejabat perisikan tentera Syria mendorong Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, mengingatkan semua pihak bahawa negara itu kini diambang perang saudara.

Liga Arab pula memberi tempoh tiga hari kepada Presiden Bashar al-Assad, supaya menghentikan pertumpahan darah di negara itu.


Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton, berpendapat Bashar perlu berundur bagi menamatkan keganasan di Syria.

Catherine juga mempelawa Pengerusi Liga Arab, Nabil al-Arabi, bertemu Menteri Luar EU dalam tempoh terdekat bagi membincangkan tekanan yang boleh dikenakan ke atas Damsyik. - AFP

myMetro | Pejabat Parti Baath diserang:

'via Blog this'

No comments: