Pages

Friday, July 8, 2011

91 individu dilarang masuk KL

KOMPLEKS Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.


KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin adalah antara 91 individu yang dilarang berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 6 petang Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh (gambar kecil) berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah untuk melarang mereka, iaitu 66 orang daripada Bersih, 14 daripada Perkasa dan 11 daripada Himpunan Patriot.

Pemimpin pembangkang yang turut dilarang berada di pusat ibu kota ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut terlibat dalam larangan itu ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; veteran DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Menurut Amar Singh, perintah larangan itu adalah untuk mengelakkan berlaku perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kosmo! Online - Negara

No comments: