Pages

Friday, March 4, 2011

Bekas isteri Datuk K terharu



ANTARA gambar majlis pertunangan Tengku Zawiyah dalam Facebook beliau.


KUALA LUMPUR 3 MAC - Bekas isteri Datuk Khalid Jiwa, Tengku Zawiyah Tengku Izham,48, melahirkan rasa terharu atas ucapan tahniah yang diberikan sempena majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan asal Sabah, Datuk Joseph King.

Dalam laman sosial Facebook, Tengku Zawiyah atau TZ menulis bahawa dia berasa sangat dihargai atas segala ucapan yang diberikan oleh ahli keluarga jauh dan dekat, selain sahabat handai yang menghulur doa untuk kebahagiaan dirinya dan pasangan.

"Terima kasih atas segala ucapan, dukungan dan doa ikhlas yang dihulurkan buat kami berdua. Semoga Allah juga memberkati kehidupan kalian. Salam kasih sayang dan peluk cium daripada kami," demikian tulis beliau dalam bahasa Inggeris di laman berkenaan.

TZ juga berkongsi hari bahagianya dengan memaparkan gambar-gambar sempena majlis pertunangannya yang berlangsung pada 26 Februari lalu di Bangsar, Selangor.

Pihak lelaki diwakili oleh anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Seri Bongsu Tengku Sherry Sultan Ahmad Shah yang menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis bakal pengantin perempuan.

Tengku Zawiyah yang kelihatan semakin langsing begitu anggun dalam persalinan ungu sedondon dan turut menerima empat dulang hantaran sebagai simbolik di majlis pertunangannya itu.

Tiga daripada empat anak kandung TZ, Muhammad Anas (24), Muhammad Adib (21) dan Muhammad Aazief (13) juga turut kelihatan di majlis berkenaan, selain anak angkat perempuannya.

Difahamkan anak ketiga beliau, Ashraff tidak bersama-sama di majlis yang berlangsung secara sederhana itu kerana masih berada di Australia untuk meneruskan pengajiannya.

Kerabat diraja Kedah itu bakal bernikah dengan Joseph atau nama Islamnya, Rayyan JK Abdullah pada 12 Mei depan dalam satu majlis yang bakal berlangsung secara sederhana setelah lebih lima tahun menjanda.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments: