Pages

Friday, March 4, 2011

Tentera Gaddafi serang dua bandar


SEORANG lelaki yang terbunuh di Brega,  diusung untuk dihantar ke hospital.
SEORANG lelaki yang terbunuh di Brega, diusung untuk dihantar ke hospital.


BREGA: Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, semalam melancarkan serangan udara menyasarkan Brega, bandar penapisan minyak di timur negara itu dan kedudukan pemberontak di bandar berhampiran, Ajdabiyah.
Kedua-dua bandar berkenaan kini dikuasai kumpulan penentang.

Tentera pemberontak juga berkata, askar Gaddafi terpaksa berundur ke Ras Lanuf, sebuah lagi bandar terminal minyak yang terletak 600 kilometer ke timur Tripoli, sehari selepas serangan mereka terhadap Brega dipatahkan.

“Tentera Gaddafi kini berada di Ras Lanuf,” kata sukarelawan pemberontak, Mohammed al-Maghrabi kepada Reuters.

Pemimpin kumpulan berkenaan, Bashir Abdul Gadr berkata: “Tentera Gaddafi berberkumpul di Ras Lanuf. Bilangan mereka ramai. Penyokong kami pula berada di Brega dan al-Ugayla.


“Mereka (tentera Gaddafi) baru saja melancarkan serangan udara terhadap lapangan terbang di Brega dan di Ajdabiyah.” Ajdabiyah yang menjadi tempat simpanan senjata sebelum ini, menjadi sasaran serangan udara kelmarin, serentak dengan serangan darat terhadap Brega, sebuah bandar di Mediterranean, 780 kilometer ke timur Tripoli.

Di satu pintu masuk bandar Ajdabiyah, anggota pemberontak yang bersenjatakan pelancar roket, meriam antipesawat dan antikereta kebal bekerja siang malam untuk memperkukuhkan pertahanan mereka bagi menghadapi sebarang serangan baru daripada tentera yang setia dengan Gaddafi.

“Syukur, Alhamdulillah kami mempunyai senjata,” kata seorang anggota kumpulan itu, Drees Abdulwahid, 42, sambil tersenyum dan menadah tangannya.
Seorang rakannya pula berkata, dia sudah empat hari menjalani latihan untuk menggunakan senjata antipesawat. - ReutersmyMetro | Tentera Gaddafi serang dua bandar

No comments: