Pages

Tuesday, December 13, 2011

ucapan orang jahiliah yang terlarang

UCAPAN2 YG TIDAK DIANJURKAN DALAM ISLAM

Adalah tidak dibenarkan meninggalkan ucapan-ucapan (doa) selain yang telah sedia dicontohkan oleh RasuluLLah SollaLLahu ‘alaihi wa sallam seperti yang disebutkan di atas, lalu diganti dengan ucapan-ucapan yang tidak sewajarnya.

Sebagai contoh, pada masa ini begitu ramai yang mempopularkan bentuk-bentuk ucapan seperti:

“Selamat pengantin baru.”

“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”

Ada pun sebenarnya, ucapan-ucapan seperti ini telah pun disentuh oleh para ulama sejak awal lagi.

Di antaranya al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqolani rahimahuLLah menjelaskan:

“Perkataan ini biasa diucapkan oleh orang-orang jahiliyyah sehingga ucapan ini dilarang.” (Fathul Bari, jil. 9, m/s. 222)

Ini adalah kerana, RasuluLLah SollaLLahu ‘alaihi wa sallam sendiri telah melarang perbuatan seperti itu sebagaimana yang dijelaskan oleh ‘Uqail bin Abu Thalib.

Ini berlaku di ketika ‘Uqail berkahwin dengan seorang wanita dari suku Jasyam. Lalu orang-orang yang mengunjunginya mengucapkan:

“Semoga bahagia dan mendapat ramai anak.”

‘Uqail pun berkata, “Janganlah kamu mengucapkan seperti itu (kerana RasuluLLah telah melarangnya).” Mereka pun bertanya, “jadi, apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid?”

‘Uqail berkata,

“Ucapkanlah: Semoga ALLah memberkatimu di dalam kesenangan atau pun kesusahan”. Begitulah kita diperintahkan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah)

Anjuran Supaya Mendoakan Pasangan Pengantin

Di antara keindahan di dalam Sunnah adalah mendoakan kebaikan, memberkati, dan memohonkan keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan untuk orang yang mengundang ke majlis makan (walimah).

Di antara doa-doa yang disunnatkan kepada kita untuk berdoa dengannya adalah sebagaimana berikut:

Doa untuk pasangan pengantin:

Dari Abu Huroirah rodhiyaLLahu ‘anhu, bahawasanya RasuluLLah SollaLLahu ‘alaihi wa sallam jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, baginda akan berkata:

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga ALLah memberikan keberkatan kepadamu, memberikan keberkatan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.” (Hadits Riwayat Abu Daud, no. 2130)

RasuluLLah SollaLLahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada ‘Abdurrahman bin ‘Auf:

بَارَكَ اللهُ لَكَ

“Semoga Allah memberkahimu...” (Hadis Riwayat al-Bukhori, no. 5169)

Doa ketika Rasulullah menikahkan ‘Ali dengan Fatimah:

اَلَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِمَا، وَبَارَكَ لَهُمَا فِيْهِمَا فِيْ بِنَائِهِمَا

“Ya ALLah, berkahilah mereka berdua dan berkatilah perkahwinan mereka berdua.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani di dalam al-Kabir)

Doa untuk orang yang mengundang makan:

RasuluLLah SollaLLahu ‘alaihi wa sallam mendoakan untuk AbduLLah bin Busr rodhiyaLLahu ‘anhu dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:

اَلَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي مَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِر لَهُمْ، وَارْحَمْهُمْ

“Ya ALLah, berkatilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1615)

Dan dianjurkan bagi mereka yang diundang untuk mengucapkan terima kasih di atas undangan yang diberikan.

Dari Abu Huroirah rodhiyaLLahu ‘anhu, bahawa RasuluLLah SollaLLahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tidak bersyukur kepada ALLah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.” (Hadits Riwayat Abu Daud, no. 4811)

ucapan dari den utk semua…. Semoga diRahmati & dBerkati, dPermudahkan segala urusan duania akhirat…selamat semuanya..Aminnn Ya Rabb....

No comments: