Pages

Tuesday, December 13, 2011

Iran mahu tiru dron AS

myMetro | Iran mahu tiru dron AS:

TEHERAN: Iran akan merungkai dan mengkaji teknologi yang terdapat dalam dron Amerika Syarikat yang ditawannya.

Ketua Jawatankuasa Keselamatan Kebangsaan parlimen, Parviz Sorouri berkata, negara itu kini dalam peringkat terakhir merungkai rahsia perisian pesawat itu.


“Tindakan kami selanjutnya ialah melakukan proses mengkaji teknologi dan cara ia berfungsi. “Pada masa depan, kami akan mampu mengeluarkan pesawat seumpama itu dalam jumlah yang besar. “Tidak lama lagi, jurutera Iran akan membina pesawat yang lebih baik daripada dron Amerika itu menerusi proses merungkai dan mengkaji bagaimana dron itu beroperasi,” katanya.

Iran berkata, ia menawan dron canggih RQ-170 Sentinel milik Amerika itu pada 4 Disember lalu ketika ia menceroboh ruang angkasanya.


Ia mendakwa unit perang siber Pengawal Revolusi menggodam kawalan penerbangan pesawat itu.


Pegawai Amerika dilaporkan berkata, dron itu dalam penerbangan mengintip untuk CIA di ruang angkasa Iran. Dia tidak yakin Iran mempunyai teknologi untuk menggodam pesawat canggih berkenaan.

Mereka sebaliknya berkata, dron itu menghadapi kerosakan ketika dalam penerbangan.


Mereka juga sangsi terhadap keupayaan Iran untuk meniru pesawat itu, kecuali dengan bantuan Russia atau China.

Bagaimanapun, Sorouri berkata: “Kami di peringkat akhir untuk merungkai kod dron itu.” Beliau menjangka Iran akan memperoleh maklumat penting mengenai kegiatan perisikan dan pengintipan Amerika apabila kod itu berjaya dirungkai.


Sorouri bagaimanapun tidak memberitahu bila kerja itu akan berakhir dan menolak pembabitan Russia atau China untuk membantu meniru dron berkenaan. “Mereka sudah pasti tidak akan terlibat,” katanya. - AP

No comments: