Pages

Tuesday, December 13, 2011

Mangsa banjir meningkat

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:



Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertanyakan khabar mangsa banjir di pusat pemindahan Balai Raya Telok Gading di Rompin, semalam. Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis. - Utusan/RUSHDI SALLEH


KUANTAN 12 Dis. - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,652 orang melibatkan 18 kampung di daerah ini dan empat kampung di Rompin.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang memberitahu, mereka ditempatkan di 15 pusat pemindahan yang dibuka hari ini.

Bagaimanapun menurutnya, pusat pemindahan di Pekan melibatkan 24 mangsa ditutup berikutan keadaan banjir sudah surut.

"Daerah ini (Kuantan) mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,172 orang daripada 285 keluarga. Sehingga pukul 5.30 petang ini, jumlah mangsa banjir semakin bertambah.

"Sebanyak 11 pusat pemindahan dibuka di daerah ini dan empat di Rompin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, kebanyakan mangsa di daerah ini adalah dari Kampung Seri Kuantan, Batu 3, Batu 4, Teluk Mahang, Sungai Belat, Kampung Belukar, Kampung Kurnia, Kampung Razali, Kampung Tiram, Kampung Segantang Lada, Kampung Tanah Putih, Cenderawasih, Kampung Seri Damai, Gudang Rasau, Jaya Gading dan Gudang Rasau.

Jelasnya, di Rompin membabitkan kampung Orang Asli iaitu Kampung Janglau, Kampung Perepat, Kampung Kurnia, Kampung Kerpai dan Kampung Paya Laka.

No comments: