Pages

Tuesday, December 13, 2011

Pemandu trak NATO ditembak mati, tujuh trak minyak dibakar

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Penduduk memerhati api dan asap tebal di terminal trak milik NATO di Quetta setelah terminal itu menjadi sasaran serangan militan pada 9 Disember lalu. - REUTERS


QUETTA 12 Dis. - Kumpulan bersenjata menembak mati seorang pemandu trak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan membakar tujuh trak minyak di barat daya Pakistan, semalam.

Konvoi itu diserang ketika dalam perjalanan pulang ke bandar pelabuhan Karachi dari sempadan Afghanistan selepas Pakistan menutup laluan kepada NATO pada 26 November lalu, ekoran serangan udara pertubuhan itu yang mengorbankan 24 askar Pakistan.

Menurut polis, serangan berlaku di bandar Dadar, daerah Bolan, kira-kira 90 kilometer ke barat daya Quette.

"Kira-kira lapan lelaki bersenjata mendekati konvoi itu menggunakan motosikal di daerah Bolan dan mengarahkan pemandu trak berhenti sebelum melepaskan tembakan ke arah trak minyak.

"Seorang pemandu trak turut terkena tembakan dan terbunuh di tempat kejadian. Penyerang kemudiannya pembakar trak minyak," kata pegawai polis kanan tempatan, Inayat Bugti.

Pada khamis lalu, kumpulan bersenjata turut menyerang terminal sementara NATO di Quetta dan membakar sekurang-kurangnya 34 trak. - AFP

No comments: