Pages

Tuesday, December 27, 2011

TEPCO mohon dana tambahan kerajaan Jepun AS$8.5 bilion

TOKYO: Tokyo Electric Power Company (TEPCO) memohon dana bantuan tambahan AS$8.5 bilion daripada kerajaan Jepun bagi membantu mereka membayar pampasan kepada keluarga yang terjejas akibat krisis nuklear Fukushima.

TEPCO dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu sekiranya diperolehi, akan menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang dikumpul daripada Nuclear Damage Compensation Facilitation Corporation kepada 1.7 trilion Yen (AS$21 bilion) berbanding 1.01 trilion Yen, sebelum ini.
Katanya, peningkatan jumlah yang diperlukan susulan langkah kerajaan negara itu meluaskan kriteria penerima pampasan dan bagi mengubahsuai zon pemindahan larangan di sekitar loji jana kuasa yang rosak susulan ombak besar pada 11 Mac lalu. - AFP
Berita Harian Online | TEPCO mohon dana tambahan kerajaan Jepun AS$8.5 bilion:

'via Blog this'

No comments: