Pages

Tuesday, December 27, 2011

RM4.2 bilion dadah dirampas

JEDDAH: Pasukan keselamatan Arab Saudi merampas dadah bernilai kira-kira SR5 bilion (4.21 bilion) pada 2011, kata Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mejar General Mansour Al-Turki ketika mengumumkan penangkapan 362 penyeludup dan penjual dadah, semalam.

Mansour berkata, suspek, iaitu 78 warga Arab Saudi dan 284 orang asing, ditangkap dalam 31 operasi yang dijalankan pada Oktober dan November.

Katanya lagi, tujuh anggota polis dan seorang penyeludup tercedera dalam operasi tersebut.

“Dalam operasi itu, pasukan keselamatan merampas 4.83 kilogram hasyis mentah, 5.82 kilogram hasyis dan 4.92 juta pil Catagon yang bernilai kira-kira SR866.77 juta (RM729.22 juta),” kata Mansour yang juga pegawai pemerintah untuk operasi bersama Jabatan Kastam dan pegawai Keselamatan.


Dalam bulan Jun dan September, pasukan polis menahan 475 orang yang terlibat dalam penyeludupan dadah dan merampas dadah bernilai kira-kira SR1.7 bilion (RM1.43 bilion) .


Suspek yang ditahan adalah 204 warga Saudi, 72 warga Yaman dan 199 orang lagi dari negara lain.

Seorang pegawai keselamatan, Majed bin Mubarak Al-Rahmani terkorban dan lapan lain tercedera, manakala seorang penyeludup terbunuh dan tiga lagi tercedera dalam satu daripada operasi itu.

Katanya lagi, mereka merampas wang tunai SR25 juta (RM21 juta) daripada penyeludup pada 2011.

“Majoriti daripada aktiviti penyeludupan dadah dilakukan di sempadan utara negara ini,” katanya.

myMetro | RM4.2 bilion dadah dirampas:

'via Blog this'

No comments: