Berita Harian Online | Presiden Pakistan sakit jantung:
ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dilapor berlepas ke Dubai untuk pemeriksaan jantung selepas jatuh sakit, kata pegawai dan rakan semalam, mencetuskan khabar angin yang pemimpin itu mungkin berundur.
Jurucakap presiden bagaimanapun menafikan spekulasi itu.
Semua laporan itu tidak benar, khayalan dan spekulasi, kata Farhatullah Babar kepada AP.Doktor peribadi Zardari berkata, pemimpin itu berlepas ke Dubai semalam untuk pemeriksaan rutin berkaitan dengan masalah jantungnya.
Zardari ke London pada September untuk menjalani angiografi dan dilapor tiada masalah kesihatan.
Rakan rapat presiden berkata, beliau ketika ini tidak sihat tetapi tiada maklumat lanjut.
Keadaannya tidak mengancam nyawa, katanya yang enggan dikenali.
Babar yang mengikuti diagnosa presiden itu berkata, penyakit beliau tidak serius dan merbahaya.
Presiden akan kembali ke Pakistan, katanya.
Zardari berada dalam tekanan sejak duta pakistan ke Amerika syarikat dipaksa meletak jawatan selepas menghantar nota kepada Washington untuk meminta bantuan dalam mempertahankan ketenteraan. AP
No comments:
Post a Comment