Tarikh : December 8, 2011
TOKYO - Kos sara hidup warga asing di Jepun dilaporkan lebih tinggi berbanding di negara Asia lain, disebabkan kenaikan mendadak nilai mata wang Yen di negara itu, menurut satu tinjauan, kelmarin.
Tinjauan terkini firma sumber manusia antarabangsa mendapati beberapa bandarutama di Jepun diisytihar sebagai lokasi paling mahal di Asia, yang mana Tokyo berada pada tempat pertama diikuti dengan Nagoya, Yokohama dan Kobe.
Menurut laporan tersebut, nilai mata wang Yen dilaporkan telah melonjak kira-kira 20 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak setahun lalu.
Pengarah firma itu, Lee Quane berkata, walaupun Jepun dilanda bencana tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac lalu, pendatang asing masih berpindah ke negara tersebut dan syarikat luar juga percaya untuk melabur serta terus mengembangkan operasi perniagaan mereka.
Kaji selidik terhadap warga asing itu dijalankan pada Mac dan September setiap tahun bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap kos pembelian pelbagai barang keperluan oleh golongan tersebut di lebih 400 lokasi di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment