myMetro | Ikhwan menang 67 peratus kerusi:
Pergerakan itu yang diharamkan selama puluhan tahun sepanjang 30 tahun pemerintahan Hosni, turut mendahului dalam pengundian berasingan yang memperuntukkan kerusi berdasarkan undi untuk parti.
Keputusan rasmi untuk pengundian individu belum diumumkan.
Kemenangan besar FJP untuk kerusi individu dan pencapaiannya dalam pengundian parti akan meletakkannya sebagai kuasa utama di Parlimen yang mempunyai 498 kerusi.
Kemungkinan parti berhaluan Islam menguasai Parlimen meningkatkan kebimbangan di kalangan golongan liberal mengenai kebebasan awam, hak asasi wanita dan kebebasan beragama di negara yang mempunyai jumlah penganut Kristian terbesar di Timur Tengah.
Parti Al-Nur yang mewakili kumpulan Salafi, memperjuangkan fahaman Islam fundamentalis.
Kumpulan liberal yang terbahagi kepada enam parti berbeza hanya menguasai 29.3 peratus undi.
Pilihan raya itu adalah yang pertama sejak penggulingan Hosni pada Februari lalu selepas tunjuk perasaan selama 18 hari di Dataran Tahrir menumbangkan pemerintahan kuku besinya. — AFP
KAHERAH: Ikhwanul Muslimin semalam berkata, ia memenangi dua pertiga daripada kerusi individu yang dipertandingkan pada pusingan pertama pilihan raya julung kali diadakan selepas era pemerintahan Hosni Mubarak.
“FJP memenangi 36 daripada 54 kerusi atau 66.6 peratus kerusi yang dipertandingkan,” kata pergerakan Islam itu menerusi laman Facebooknya, merujuk kepada partinya, Parti Kebebasan dan Keadilan.
Pergerakan itu yang diharamkan selama puluhan tahun sepanjang 30 tahun pemerintahan Hosni, turut mendahului dalam pengundian berasingan yang memperuntukkan kerusi berdasarkan undi untuk parti.
Dalam pengundian parti yang memperuntukkan lebih 100 kerusi, Ikhwan memperoleh 36.6 peratus sementara parti ekstrim Islam, Al-Nur, di tempat kedua dengan meraih 24.4 peratus undi.
Keputusan rasmi untuk pengundian individu belum diumumkan.
Kemenangan besar FJP untuk kerusi individu dan pencapaiannya dalam pengundian parti akan meletakkannya sebagai kuasa utama di Parlimen yang mempunyai 498 kerusi.
Hanya sepertiga wilayah sudah mengundi setakat ini dengan bakinya akan mengundi pada 14 Disember dan Januari depan.
Kemungkinan parti berhaluan Islam menguasai Parlimen meningkatkan kebimbangan di kalangan golongan liberal mengenai kebebasan awam, hak asasi wanita dan kebebasan beragama di negara yang mempunyai jumlah penganut Kristian terbesar di Timur Tengah.
Ikhwan, dalam kempennya menegaskan, nilai Islam adalah selaras dengan demokrasi dan ia menyokong kebebasan individu dan bersedia mengadakan kerjasama dengan parti politik yang bukan Islam.
Parti Al-Nur yang mewakili kumpulan Salafi, memperjuangkan fahaman Islam fundamentalis.
Kumpulan liberal yang terbahagi kepada enam parti berbeza hanya menguasai 29.3 peratus undi.
Pilihan raya itu adalah yang pertama sejak penggulingan Hosni pada Februari lalu selepas tunjuk perasaan selama 18 hari di Dataran Tahrir menumbangkan pemerintahan kuku besinya. — AFP
No comments:
Post a Comment