NEW YORK - Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International kelmarin meminta negara Habsyah, Tanzania dan Zambia menangkap bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kerana melanggar hak asasi manusia semasa dia melawat Afrika dalam bulan ini.
Bush menjadi presiden dari tahun 2001 hingga 2009.
Semasa pemerintahannya, dia membenarkan penggunaan teknik mencurahkan air pada muka dan beberapa teknik soal siasat lain ke atas para tahanan.
Amnesty International dan beberapa pertubuhan hak asasi manusia yang lain menganggap teknik tersebut sebagai satu penderaan.
"Undang-undang antarabangsa mengkehendaki tidak ada syurga selamat untuk sesiapa yang bertanggungjawab melakukan penderaan.
"Habsyah, Tanzania dan Zambia perlu mengambil kesempatan ini dengan memenuhi tanggungjawab mereka dan menamatkan kebebasan daripada hukuman yang dinikmati George W. Bush setakat ini," kata seorang penasihat undang-undang kanan, Matt Pollard dalam satu kenyataan.
Pada Februari lalu, beberapa kumpulan hak asasi menyatakan Bush membatalkan satu lawatan ke Switzerland kerana ancaman tindakan undang-undang ke atasnya berhubung isu penderaan.
Para penganjur lawatan Bush itu menyatakan, lawatan tersebut dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan bukan kerana aduan jenayah.
Bush telah mempertahankan penggunaan teknik mirip kaedah melemaskan para tahanan yang terdiri daripada aktivis ekstremis bagi mengelak serangan pengganas pada 11 September 2001 berulang lagi di AS. Menurut Amnesty International, Bush melawat Afrika bagi membangkitkan kesedaran mengenai kanser. - Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment