WASHINGTON: Calon untuk pilihan raya presiden dari Parti Republikan menggandakan gesaan terbuka mereka supaya dilancarkan operasi ‘sulit’ terhadap Iran dan Syria.
Ia termasuk mensabotaj, membunuh dan membantu kumpulan penentang.
Bekas Speaker Dewan, Newt Gingrich yang mengetuai gesaan supaya dilancarkan perang sulit itu memberitahu aktivis parti semalam, beliau akan menggunakan keupayaan melancarkan perang itu untuk menumbangkan rejim Iran sekarang.
“Mereka hanya mempunyai satu pusat penapisan yang amat besar. Saya akan memberi tumpuan setiap hari untuk mensabotajnya,” katanya kepada Gabungan Yahudi Republikan, kumpulan yang menyelar cara Presiden Barack Obama menangani hubungan dengan Israel.
Mengenai Syria, Gingrich berkata, dasar Amerika terhadap negara itu mesti tertumpu kepada usaha menggantikan Presiden Bashar al-Assad dan ‘melakukan apa saja yang boleh, sama ada secara tidak langsung dan sulit, tanpa membabitkan tentera Amerika, untuk membantu menggulingkan kerajaannya.
Bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney, yang bnru-baru ini kalah kepada Gingrich untuk menjadi calon Republikan dalam menghadapi Obama pada November 2012, menggesa Washington supaya membantu penentang Bashar secara rahsia. - AP
No comments:
Post a Comment