Pages

Friday, December 9, 2011

'Arahan bentuk kerajaan bersatu'

Berita Harian Online | 'Arahan bentuk kerajaan bersatu':

TENTERA berkawal ketika penunjuk perasaan berkumpul di Sanaa, semalam.
TENTERA berkawal ketika penunjuk perasaan berkumpul di Sanaa, semalam.
Pengumuman Hadi membolehkan Yaman bersiap-sedia adakan pilihan raya

SANAA: Naib presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi, semalam mengeluarkan perintah untuk membentuk sebuah kerajaan bersatu bagi bersiap sedia menghadapi pilihan raya ketika pergaduhan tercetus di jalan utama di ibu negara Sanaa.
Pengumuman Hadi memberi laluan bagi kerajaan bersatu mengangkat sumpah sebagai sebahagian rancangan menamatkan bantahan sejak berbulan lalu, terhadap Presiden Ali Abdullah Saleh.
Semalam tentera kerajaan dilaporkan melepaskan tembakan di Sanaa menyebabkan seorang terbunuh manakala puluhan yang lain cedera, kata pejabat pemimpin puak dan penentang Saleh.

Di bawah pelan perubahan kuasa yang ditandatangani di Arab Saudi bulan lalu, Kongres Rakyat Umum (GPC) bersetuju untuk membahagikan jawatan Kabinet dengan penentangnya dalam sebuah kerajaan pakatan diketuai pemimpin pembangkang.

Bekas Menteri Luar, Mohammed Basindwa, dicalonkan mengetuai sebuah kerajaan baru oleh parti pembangkang.

GPC tetap mempertahankan portfolio pertahanan dan hal ehwal awam manakala parti pembangkang menerima jawatan menteri kewangan dan dalam negeri.
Basindwa memberitahu Reuters angkat sumpah akan berlaku pada Sabtu.

Selain bersiap sedia untuk pilihan raya presiden yang dijangka pada 21 Februari 2012, kerajaan baru bakal berhadapan pelbagai cabaran termasuk mengekalkan keselamatan, menyediakan perkhidmatan yang terjejas berikutan bantahan selama 10 bulan dan menentang kebangkitan sentimen pemisah di selatan.

“Saya rasa kerajaan akan mendapati ia sukar berfungsi dan memerintah seluruh negara itu dengan baik.

“Ia tetap akan melihat bagaimana orang ramai bertindak terhadap kerajaan baru ini terutama di selatan,” kata penganalisis dan juga pengasas perundingan Cornerstone Global Associates, Ghanem Nuseibeh. – Reuters

No comments: