Pages

Friday, December 9, 2011

AS terus bekal senjata

myMetro | AS terus bekal senjata:

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) meneruskan penghantaran senjata mengawal rusuhan di Mesir meskipun pasukan keselamatan negara itu meningkatkan keganasan dalam operasi terhadap penunjuk perasaan.

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International berkata, penghantaran terbaru tiba di Mesir bulan lalu dengan membawa sekurang-kurangnya tujuh tan cecair kimia dan kelengkapan mengawal rusuhan seperti gas pemedih mata.


Penghantaran itu dialamatkan kepada Kementerian Dalam Negeri.

“Penghantaran senjata Amerika Syarikat seumpama itu perlu dihentikan sehingga terbukti gas pemedih mata, senjata dan kelengkapan lain tidak ada kaitan dengan pertumpahan darah di jalan raya Mesir,” kata pakar senjata Amnesty, Brian Wood. Kumpulan berkenaan menyelar keputusan kerajaan AS untuk membenarkan penghantaran itu dengan berkata, pihak berkuasa Mesir bertindak melampau ke atas penunjuk perasaan, dan sering kali menyebabkan kematian.


“Adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan jika kerajaan Amerika tidak mengetahui mengenai penyalahgunaan kuasa oleh pasukan keselamatan Mesir,” kata Wood dalam kenyataan yang dikeluarkannya semalam.


Sehubungan itu, ia mendesak diadakan perjanjian antarabangsa untuk meliputi sekatan senjata yang digunakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

No comments: