02/12/2011 2:39am
BRUSSELS 2 Dis. - Kesatuan Eropah (EU) semalam mengetatkan sekatan ke atas sektor tenaga dan kewangan Syria bagi menghukum rejim Presiden Bashar al-Assad untuk tindakan keras mereka terhadap rakyat.
Menurut Menteri-Menteri Luar EU, sekatan itu termasuk melarang pengeksportan peralatan industri gas dan minyak ke Syria, perdagangan bon dan penjualan perisian yang boleh digunakan untuk memantau Internet dan sistem telekomunikasi.
Tambahnya, mereka turut bersetuju untuk menyekat pemberian pinjaman konsesi kepada Syria pada kadar kredit rendah dan tempoh tangguh yang lama berbanding tawaran di pasaran.
Tambahnya, tujuan tindakan itu dikenakan bagi menghalang rejim tersebut daripada mendapat akses kepada kemudahan tunai. - AFP
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment