NAYPYIDAW, Myanmar - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton diberi jaminan oleh pemerintah Myanmar bahawa negara berkenaan akan terus melaksanakan reformasi ke arah demokrasi dalam pertemuan bersejarah yang berlangsung di sini semalam.
Namun, Hillary menyatakan, masih terlalu awal untuk menarik balik sekatan ke atas Myanmar selepas rakyat negara berkenaan ditindas selama beberapa dekad.
Dalam kunjungan tersebut yang melibatkan pegawai paling kanan AS ke Myanmar, Hillary cuma menawarkan beberapa insentif bagi menggalakkan pemerintah negara tersebut supaya meneruskan pembaharuan.
Hillary berkata, para pemimpin Myanmar memberi jaminan kepada beliau bahawa usaha pembaharuan akan diteruskan dan diperluaskan.
Pada masa yang sama, beliau mengalu-alukan pengguguran halangan terhadap ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi.
Hillary bertemu Suu Kyi di Yangon.
"Kita masih belum berada di peringkat yang mana kita boleh menggugurkan sekatan (ke atas Myanmar) kerana masih terdapat dasar-dasar yang perlu diubah pemerintah Myanmar," kata Hillary selepas menemui Presiden Myanmar, Thein Sein.
Pertemuan bersejarah kedua-dua pemimpin tersebut berlangsung di kompleks bangunan Parlimen di Naypyidaw.
Kompleks bangunan Parlimen di Naypyidaw yang mengandungi 31 buah bangunan mula dibina pada 2006 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012 dengan kos pembinaannya dipercayai mencecah berjuta-juta dolar.
- Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment