Pages

Friday, December 2, 2011

AS belum sedia batal sekatan ke atas Myanmar



Thein Sein (kanan) dan isteri, Khin Khin Win (kiri) mengiringi Clinton selepas kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di pejabat Presiden di Naypyidaw, Myanmar, semalam. - AFP


NAYPYIDAW 1 Dis. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton berkata, negara itu tidak akan membatalkan sekatan ke atas Myanmar sehingga pemimpinnya melaksanakan lebih banyak perubahan demokrasi di negara ini.

Beliau berkata, AS bersedia memperbaiki hubungan dengan kerajaan awam Myanmar, jika ia terus melaksanakan lebih banyak perubahan demokrasi.

''Kami masih belum sampai ke peringkat yang membolehkan untuk menimbangkan langkah membatalkan sekatan (ke atas Myanmar) kerana masih terdapat kebimbangan kami terhadap polisi-polisi yang perlu diubah,'' katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Myanmar, Thein Sein dan pegawai kanan kerajaan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau turut mengumumkan Washington tidak akan menghalang peningkatan kerjasama antara Myanmar dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menyokong peningkatan program kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selain program kewangan mikro dan program antidadah.

Clinton turut menawarkan Myanmar beberapa insentif termasuk prospek menaik taraf hubungan diplomatik sebagai balasan kepada langkah-langkah termasuk membebaskan tahanan politik dan menamatkan keganasan etnik.

''AS bersedia bergerak bersama perubahan yang anda buat, hanya jika anda bergerak ke arah yang betul,'' katanya. - Agensi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments: