Tarikh : November 27, 2011
MATANG GUNTUNG - Misteri kehilangan ayam danhaiwan peliharaan di sekitarKampung Matang Guntong,di sini terjawab apabila seekorular sawa batik yang sedangmenelan seekor ayam Berjayaditangkap.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hilir Perak, Mohd Fazly Mohd Zawawi berkata, ketika sampai ke lokasi tersebut ular berkenaan sudah menelan separuh badan ayam jantan milik pengadu, A Annanmalai, 48.
Menurutnya, ular sepanjang empat meter itu ditangkap anggotanya sebaik sahaja menerima panggilan pengadu yang melihat seekor ular tedung di hadapan anjung rumahnya di Kampung Muhibbah, Jalan Changkat Jong.
“Apabila sampai ke lokasi berkenaan kami menemui seekor ular tedung (King Cobra) dewasa sepanjang 1.5 meter,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Mohd Fazly menasihatkan orang ramai supaya menggunakan khidmat JPA dalam apa juga keadaan mencemaskan termasuk kerja menyelamat, rumah dimasuki haiwan, bencana alam seperti ribut, banjir ataupun pokok tumbang.
“Kami sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu penduduk dalam apa juga keadaan pun di bawah slogan dan kami boleh dihubungi bila-bila masa sahaja melalui talian 05-6219010,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment