WASHINGTON: Amerika Syarikat enggan memberi sebarang komen mengenai khabar angin di Israel berkenaan laporan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sedang cuba mendapatkan sokongan Kabinet untuk menyerang Iran.
Rumah Putih berkata, fokus mereka tertumpu kepada penyelesaian diplomatik mengenai rancangan nuklear Iran.
Jurucakapnya, Jay Carney berkata, presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad sudah mula menunjukkan rasa kurang senang dengan impak daripada sekatan ekonomi yang dikenakan.
Tambahnya, mereka tidak akan memberi komen mengenai “khabar angin, keputusan atau debat yang sudah atau belum dibuat.
“Saya tidak akan beri respons untuk spekulasi begitu,” katanya. -AFP

No comments:
Post a Comment