Rohana dan anaknya, Adjah Naqkiah melihat gambar Aji Saregar di rumah mereka di Johor Bahru semalam. |
JOHOR BAHRU – Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, yang cedera selepas menjadi mangsa tembak curi di Mogadishu, Somalia kelmarin menyifatkan keadaan di sana lebih buruk berbanding konflik di Gaza, Palestin.
Menurut ibunya, Rohana Jamil, 50, sejak berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu, Aji akan menghubungi ayahnya, Mazlan Mohd. Sam, 52, pada pukul 5 petang setiap hari bagi memaklumkan keadaannya di sana.
Katanya, Aji juga sering meminta ahli keluarga mendoakan keselamatan dia dan sukarelawan lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana di Somalia.
“Setiap kali dia telefon, dia akan memberitahu keadaan di Somalia lebih dahsyat berbanding konflik di Gaza. Itu yang membuatkan kami sentiasa bimbang.
“Apabila dia tidak telefon seperti biasa semalam (kelmarin), saya semakin risau,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Kempas di sini semalam.
No comments:
Post a Comment