Pages

Sunday, September 4, 2011

Taufan Talas landa barat Jepun


MUSNAH...jambatan di Sungai Nachi runtuh selepas Taufan Talas melanda bandar Nachikatsuura, di tengah-tengah Jepun. Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala 20 yang lain dilaporkan hilang. - Foto AFP



TOKYO: Taufan Talas yang melanda sebahagian kawasan di Jepun mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban manakala 20 yang lain dilaporkan hilang selepas hujan lebat dan banjir lumpur melanda negara itu.

Agensi Meteorologi Jepun, berkata pusat kejadian taufan yang ke-12 musim ini, dikesan bergerak ke arah utara merentasi Laut Jepun hari ini pada kelajuan 12 kilometer sejam.
Ia bergerak semalaman di sepanjang wilayah selatan kepulauan di Jepun, Shikoku dan bahagian tengah pulau utama Honshu.
Agensi berita tempatan, Kyodo News, berkata perintah pemindahan dan amaran dikeluarkan kepada 460,000 penduduk di kawasan barat dan tengah Jepun. - AP 

No comments: