Pages

Sunday, September 4, 2011

Hotel di Beirut penuh sempena Aidilfitri



BEIRUT – Kebanyakan hotel di Beirut dan di Mount Lebanon habis ditempah pada cuti Hari Raya Aidilfitri selama dua hari, lapor sebuah akhbar semalam.
“Bilik-bilik hotel kami habis ditempah semasa hari pertama dan kedua Aidilfitri,” kata Ketua Meja Tempahan di Hotel Beach Coral di Jnah kepada akhbar Daily Star.
Seorang lagi pekerja di Hotel Mayflower di Hamra, Elie Mahfouz berkata, kadar penginapan mencecah 100 peratus pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Menurutnya, dia menjangkakan kadar penginapan itu akan berlanjutan sehingga 15 September depan.
Menteri Pelancongan, Fadi Abboud berkata, kadar penginapan di hotel-hotel di Beirut mencecah 100 peratus semasa Hari Raya Aidilfitri.
Hari Raya Aidilfitri disambut pada Selasa lalu di Lebanon. – Agensi

No comments: