Pages

Sunday, September 4, 2011

Minta kerajaan rampas harta bapa

PATNA: Seorang remaja semalam menggesa kerajaan negeri Bihar merampas harta bapanya yang didakwa diperoleh menerusi rasuah.
Permintaan Ajay Kumar itu yang bertujuan menghukum bapanya, bekas pegawai bekalan, dikatakan didorong oleh tindakan aktivis sosial, Anna Hazare yang mogok lapar selama 12 hari bagi menamatkan kegiatan rasuah di India.

Dalam permohonan secara bertulis kepada majistret di daerah Vaishali, remaja itu mendakwa bapanya, Ramachandra Ram mengumpulkan kekayaan menerusi rasuah dan menyalahguna kedudukannya sebagai pegawai bekalan daerah.

Dia meminta mahkamah melakukan siasatan dan mengenakan tindakan sesuai jika didapati bersalah untuk dijadikan pengajaran kepada pegawai yang rasuah.

“Saya bersedia memberikan butir lanjut mengenai kegiatan rasuah bapa saya. Selaku peminat setia Anna Hazare, saya tidak akan berdiam diri walaupun bapa saya akan dimasukkan ke penjara,” kata Ajay. - AFP

No comments: