Menurut Kementerian Keselamatan Puntland, tentera berjaya menangkis dua serangan daripada kumpulan militan Shabaab sejak dua hari lalu di utara pekan Galkayo, kawasan yang dikuasai tentera, dan menuduh pihak berkuasa wilayah Galmudug yang menguasai selatan Galkayo memberi laluan kepada kumpulan militan.
Pertempuran terbaru ini berlaku menjelang rundingan politik esok, sidang utama pertama seluruh negara yang akan diadakan di Mogadishu bagi membuka jalan ke arah mengadakan pilihan raya di negara yang bergolak ini. - REUTERS
No comments:
Post a Comment