Pages

Monday, September 5, 2011

Perisik Barat, Gaddafi jalin hubungan rahsia



TRIPOLI - Beberapa dokumen yang ditemui ditinggalkan pejabat keselamatan luar Libya kelmarin mendedahkan pemerintahan rejim Muammar Gaddafi menjalinkan kerjasama erat secara rahsia dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Agensi Perisikan M16 Britain.

Penemuan kesemua dokumen oleh kumpulan aktivis hak asasi manusia membuktikan kedua-dua agensi risikan itu yang berhubung melalui ketua perisik Moussa Koussa turut membantu rejim Gaddafi menyeksa penentang di Libya semasa mereka di dalam tahanan di luar negara.

Pendedahan itu didakwa akan mencetuskan lagi kemarahan terhadap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) kerana kebanyakan ahli NTC terdiri daripada penentang anti-Gaddafi.

Dalam satu kenyataan, jurucakap CIA, Jennifer Youngblood menyatakan kebanyakan negara sanggup bekerjasama dengan negara luar untuk memerangi pengganas tetapi ia tidak menunjukkan Amerika Syarikat mengabaikan hak asasi manusia.

Sementara itu, kumpulan pemberontak kini semakin hampir untuk menawan keseluruhan Libya dan bersedia untuk memasuki Bani Walid untuk menahan anak Gaddafi, Saadi dan beberapa pengikutnya yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan tersebut .

Serangan kumpulan pemberontak itu seolah-olah berjalan dengan lancar walaupun pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil mengumumkan pelaksanaan gencatan senjata berkuatkuasa sehingga 10 September depan.

No comments: