ANGGOTA Forensik Polis memerika mayat remaja perempuan ditemui mati berhampiran loji kumbahan Lembah Jaya Utara, Bukit Belacan. Foto: Hazreen Mohamad (05/09/2011)hmetro |
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner miruddin Jamaluddin, berkata mayat yang ditemui oleh orang awam kira-kira 1.35 tengah hari dilihat tidak berpakaian kerana dipercayai terbakar selain rambutnya juga sudah terbakar.
Amiruddin juga meminta sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga supaya tampil selain akan menyoal siasat penduduk sekeliling bagi mengumpul maklumat.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang saksi, Rahmad Saidon, 60, berkata beliau mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan oleh penduduk setempat yang menemui mayat itu.
"Pada mulanya saya menyangka objek itu (mayat itu) adalah patung namun bila diperhati ia adalah mayat wanita yang terbakar selepas ternampak mata, gigi dan kukunya," katanya.
Beliau yang tinggal bertentangan dengan tempat mayat tersebut ditemui berkata, kira-kira 10.30 malam tadi, beliau terdengar bunyi seperti orang berjalan di luar rumahnya namun apabila ditinjau tiada sesiapa kelihatan.
"Manakala pada 3.30 pagi tadi, saya terdengar bunyi beberapa motosikal yang lalu lalang di luar rumah...Apa yang menghairankan saya bunyi tersebut bukan seperti biasa kerana kebiasaannya waktu seperti itu laluan agak sunyi," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment