Pages

Monday, September 5, 2011

Britain jemput dua anak Gaddafi

LONDON 4 Sept - Britain menjemput dua anak lelaki Muammar Gaddafi ke ibu pejabat Perkhidmatan Udara Khas (SAS) ketika bekas Perdana Menteri Tony Blair cuba membina hubungan dengan rejim Libya, demikian pendedahan dalam The Sunday Times.
Pendedahan terbaru daripada dokumen perisikan yang diperolehi media dan kumpulan hak asasi manusia di Tripoli itu melaporkan Blair membantu seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Islam menyiapkan tesis ijazah kedoktorannya.
Menurut akhbar itu, satu dokumen rahsia menunjukkan Mejar Jeneral Robin Searby, penyelaras pertahanan Blair bagi Libya, menghantar jemputan sulit pada 2006 kepada Khamis dan Saadi Gaddafi untuk melihat 'demonstrasi VIP' SAS dan rejimen Perkhidmatan Bot Khas (SBS).
Kementerian Pertahanan Britain, bagaimanapun menafikan laporan itu dan memberitahu lawatan itu tidak berlaku.
"Artikel itu mendakwa mereka (kedua-dua anak Gaddafi itu) dijemput melawat pada dua tarik pada 2006, tetapi kami telah memeriksanya dan mendapati tidak ada sebarang lawatan dibuat," kata jurucakap Kementerian Pertahan Britain. - AFP

No comments: