NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Kekasih baharu Madonna, Brahim Zaobat sudah diterima sebagai sebahagian keluarga penyanyi itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Tanggapan penerimaan tersebut dibuat ekoran Madonna yang berusia 53 tahun keluar bercuti dengan anak-anaknya bersama kekasihnya itu yang hanya berumur 24 tahun.
Madonna dan Brahim juga bermain jet ski di Antibes, Perancis.
Empat anak Madonna iaitu Lourdes, 15, Rocca, 10, David, 5 dan Mercy, 4, menyertai percutian ibu mereka itu.
Beberapa laporan baru-baru ini mendakwa penyanyi lagu Ray of Light itu sedang mabuk cinta dengan Brahim yang merupakan seorang penari Perancis.
"Dia bangga dengan Brahim dan merasakan tidak perlu menyembunyikan hubungan cinta mereka," kata sumber yang rapat dengan Madonna kepada majalah hiburan Star Magazine.
"Madonna tidak pernah dilamun cinta seperti ini sejak bertahun-tahun dahulu. Selepas hampir setahun bersama, dia mahu memperakukan Brahim sebagai teman lelakinya," jelas sumber yang sama. - Agensi
No comments:
Post a Comment