Pages

Sunday, July 3, 2011

Pensyarah maut dirempuh kereta sendiri


SEREMBAN 2 Julai - Seorang pensyarah wanita maut dirempuh kenderaannya sendiri yang secara tiba-tiba mengundur ketika mangsa hendak menutup pintu pagar di rumahnya di Taman Setia Hati, di sini semalam.

Mangsa, Nor Adibah Ghazali, 44, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini, pukul 2.10 pagi akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira pukul 6 petang, Nor Adibah yang bertugas di Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM) di sini baru sampai ke rumah selepas selesai bekerja.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu Perodua Myvi bersendirian kemudian meletakkan kenderaannya itu di dalam kawasan rumahnya yang agak curam.

"Bagaimanapun, ketika mangsa mahu menutup pintu pagar kereta berkenaan tiba-tiba mengundur lalu merempuh mangsa yang ketika itu berada di belakang.

"Berikutan itu wanita berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

2 comments:

Cikgu Siti said...

sedih . arwah lecturer bm2 saya . arwah sgt2 baek . sedekahkan al-fatihah kpd arwah

Anonymous said...

kasihan anak dia dua orang tu esp anak kesayangan dia syahida..al fatihah..mama dia sangat ambil berat hal anak di sekolah..pegi balik mama dia ambik