Pages

Sunday, July 31, 2011

Pemancar TV Libya kena bedil


BANGUNAN stesen TV Libya yang musnah akibat serangan udara NATO, awal pagi semalam. (berita lanjut) - Foto Reuters
Serangan udara NATO untuk takutkan rakyat, hasut tindakan ganas 
BRUSSELS: NATO melakukan serangan tepat ke atas tiga pemancar televisyen (TV) Libya untuk mendiamkan 'siaran pengganas' oleh rejim Muammar Gaddafi.

“Beberapa jam lalu, NATO menjalankan satu serangan udara tepat yang menggagalkan pemancar satelit televisyen Libya berpusat di darat di Tripoli, dengan hasrat melemahkan penggunaan televisyen satelit Gaddafi sebagai cara untuk menakut-nakutkan rakyat Libya dan menghasut tindakan ganas ke atas mereka,” kata satu kenyataan.
Menurut kenyataan dikeluarkan jurucakap Pakatan, Kolonel Roland Lavoie, serangan itu dilakukan pesawat pejuang NATO menggunakan senjata tepat dan canggih.

“Kami kini dalam proses menilai kesannya.

“Campur tangan kami adalah perlu kerana TV digunakan sebagai satu komponen dalaman jentera rejim yang direka secara sistematik untuk menindas dan mengancam orang awam dan mencetuskan serangan ke atas mereka,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, amalan Gaddafi meningkatkan siaran hasutan menggambarkan dasar rejimnya mencetuskan kebencian di kalangan rakyat Libya, bagi menggerakkan penyokongnya menentang orang awam dan mencetuskan pertumpahan darah.
“Dengan mandat melindungi nyawa orang awam, kami perlu bertindak. Selepas pertimbangan dan perancangan berhati-hati bagi meminimumkan risiko kematian atau kerosakan jangka panjang terhadap keupayaan pemancar televisyen, NATO melakukan serangan.

“Menyerang khusus piring satelit penting dalam mengurangkan keupayaan rejim untuk menindas orang awam, sementara pada masa sama melindungi infrastruktur siaran televisyen yang diperlukan selepas konflik,” kata kenyataan itu lagi.

Seorang wartawan AFP di Tripoli, berkata berbelas-belas letupan terbaru menggegarkan ibu kota Libya semalam, yang menjadi sasaran hampir setiap hari oleh serangan udara NATO.

Sejurus selepas jam 10 malam (waktu tempatan) Jumaat, sekurang-kurangnya 10 letupan kuatkedengaran di pusat bandar.

Awal pagi semalam, tiga letupan menggegarkan daerah berhampiran kediaman Gaddafi di tengah Tripoli dan menggegarkan hotel berhampiran yang didiami wartawan antarabangsa.

Televisyen Libya berkata, ibu kota itu ketika ini menjadi sasaran penyerang penjajah salib,” frasa ditujukan buat NATO.

Satu pengumuman dalam televisyen Al-Jamahiriya, berkata ibu pejabat televisyen Libya itu terkena serangan. Beliau tidak memberi perincian lanjut. – AFP
http://www.bharian.com.my

No comments: