Pages

Sunday, July 31, 2011

Libya dakwa al-Qaeda bunuh Abdel Fatah


TRIPOLI: Jurucakap pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam mendakwa kumpulan al-Qaeda bertanggungjawab membunuh ketua pemberontak, Abdel Fatah Yunis.
“Menerusi tindakan itu, al-Qaeda mahu membuktikan kehadiran dan pengaruhnya di timur Libya yang dikuasai pemberontak yang berjuang untuk menggulingkan Gaddafi,” kata Moussa Ibrahim kepada wartawan.

“Pemimpin pemberontak lain dalam Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengetahui hal itu tetapi tidak boleh bertindak kerana mereka takutkan al-Qaeda.

“Pembunuhan Abdel Fatah membuktikan NTC tidak ada kuasa di Benghazi. Sebaliknya, al-Qaeda yang berpengaruh di wilayah itu,” katanya.

Kumpulan pemberontak Libya sebelum ini menuduh Gaddafi bertanggungjawab dalam pembunuhan itu.

Abdel Fatah ialah orang kanan Gaddafi dan terbabit dalam rampasan kuasa 1969 yang membolehkan Gaddafi berkuasa sebelum dia berpaling tadah untuk menyertai pemberontak Februari lalu.


Mayatnya yang penuh dengan peluru dan separuh hangus ditemui di pinggir bandar Benghazi kelmarin.Sementara itu, Nato semalam mengumumkan ia mengebom dan memusnahkan tiga stesen pemancar televisyen Libya.Mengumumkan demikian di Brussels, pakatan itu berkata, serangan berkenaan bertujuan menyekat Gaddafi daripada muncul di televisyen. - AFP<http://www.hmetro.com.my

No comments: