Pages

Sunday, July 31, 2011

4 jeneral Turki berhenti


ISTANBUL: Institusi tentera Turki kecoh semalam selepas empat pemimpin paling kanannya meletak jawatan kerana membantah penahanan 250 pegawai atas tuduhan bersekongkol untuk mengguling kerajaan Perdana Menteri Tay- yip Erdogan.
Ketua Turus Tentera, Jeneral Isik Kosaner meletak jawatan bersama-sama panglima tentera darat, laut dan udara menyebabkan pasukan tentera kedua terbesar dalam Nato berada dalam keadaan tidak menentu sejurus sebelum lembaga kenaikan pangkat pegawai kanan bersidang.

Dalam mesej terakhirnya kepada anggota tentera, Isik berkata, adalah sukar baginya untuk mempertahankan hak asasi anggotanya yang ditahan akibat kecacatan dalam proses kehakiman.

Hubungan antara tentera yang berfahaman sekular dengan kerajaan Erdogan yang berfahaman konservatif sentiasa tegang sejak ia mula memerintah pada 2002.

Mengulas mengenai perkembangan itu, akhbar Sabah dengan tajuk ‘Gempa empat bintang,’ turut melaporkan kecaman Isik terhadap liputan media mengenai tentera.

“Media cuba mewujudkan tanggapan bahawa pasukan tentera Turki ialah sebuah pertubuhan jenayah,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Isik.


Kira-kira 250 pegawai tentera, terasuk 77 yang sudah bersara dipenjara berhubung operasi ‘Sledgenhammer’ yang didakwa rancangan untuk menggulingkan kerajaan pada 2003. - AFP
http://www.hmetro.

No comments: